Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan tiada sebarang penggantungan dikenakan terhadap jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou berhubung isu tuntutan ganjaran atlet para baru-baru ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Kementerian Beli dan Sukan KBS mengisahkan tiada sebarang penggantungan dikenakan terhadap jaguh para badminton negara, Chia Lek Ho, berhubung isu tuntutan ganjaran atlet para baru-baru ini.
00:13Menteri Beli dan Sukan, Hannah Yeo berkata, Majlis Paralimpik Malaysia, MPM juga akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Lek Ho berhubung kekeliruan yang berlaku.
00:23Hannah menerusi hantaran di Facebook rasminya mengisahkan perkara itu sepas mengadakan perbincangan dengan MPM.
00:30Tegasnya lagi, hasil mesyuarat yang diadakan juga mengambil kira pada masa hadapan, semua ganjaran akan disertakan dengan contoh bertulis supaya lebih jelas dan telus.
00:40Beli berkata kini, semua pihak perlu bergerak ke hadapan agar atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan dan pertandingan.
00:47Sebelum ini, atlet berkenaan mendakwa MPM sebagai masih belum melunaskan insentif wang tunai RM60,000 yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi pingat emas dalam Sukan Paralimpik 2024.
01:00Keluhan jago badminton para negara itu mendapat perhatian Hannah yang tidak bersetuju dengan cara layanan MPM yang mengenakan tindakan tunjuk sebab terhadap atlet itu.
01:10Hannah berkata, Leik Ho tidak melanggar mana-mana garis disiplin dan tindakan yang dilakukan atlet itu hanya menuntut perkara yang dijanjikan kepadanya.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended