00:00Apple menangguhkan belancaran iPhone Air terbaru di China susulan isu kawal selia berkaitan reka bentuk telefon yang hanya menggunakan e-SIM.
00:08Memetik laporan global syarikat telekomunikasi tanpa wayar China perlu mendapatkan lesin kerajaan sebelum menawarkan peranti dengan teknologi e-SIM namun kelulusan masih belum diberikan.
00:21Apple berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan penyedia perkhidmatan bagi membolehkan iPhone Air dilancarkan secepat mungkin.
00:29iPhone Air yang diumumkan pada selasa dalam acara tahunan pelancaran produk Apple merupakan pembaharuan reka bentuk terbesar sejak iPhone X pada 2017.
00:38Dengan ketebalan hanya 5.6mm ia adalah iPhone paling nipis pernah dihasilkan dan menghapuskan sepenuhnya slot kad SIM fizikal.
00:46Sebaliknya ia bergantung sepenuhnya kepada e-SIM yang menurut Apple meningkatkan kecukapan dan memanjangkan hayat bateri.
00:52Ketua Pegawai Ezeketif Apple Tim Cook memberitahu CNBC bahawa penghapusan SIM fizikal memberi ruang untuk bateri lebih besar sambil mengekarkan reka bentuk nipis peranti itu.
01:02Apple pada asalnya merancang membuka perapesanan di China pada Jumaat dengan jualan bermula 19 September.
01:08Namun, laman web Apple China kini menyatakan butiran pelancaran akan dikemas kini kemudian.
01:13China Mobile, China Telekom dan China Unicom dijangka menyokong keupayaan e-SIM iPhone Air sebaik sahaja kelulusan diperoleh.
01:20Penangguhan ini menyalahkan ketegangan antara strategi reka bentuk global Apple dengan kawal selia teknologi yang ketat di China.
01:28Sementara itu, iPhone Air akan dilancarkan seperti dirancang di pasaran lain.
Comments