Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tesla mencadangkan pelan pampasan bernilai AS$1 trilion kepada CEO Elon Musk, menjadikannya pakej terbesar dalam sejarah korporat. Pakej itu boleh melonjakkan pegangan saham Musk jika Tesla mencapai nilai pasaran AS$8.6 trilion dalam tempoh 10 tahun. Walaupun lembaga pengarah yakin ia penting untuk kekalkan fokus Musk, pengkritik menyifatkannya berisiko tinggi kepada tadbir urus korporat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga pengarah Tesla mencadangkan pelan rampasan bernilai $1 triliun Amerika atau RM4.49 triliun kepada ketua pegawai eksekutif CEO Elon Musk menjadikannya pakej gaji korporat terbesar dalam sejarah.
00:15Carangan itu menekankan betapa syarikat masih bergantung kepada pengaruh Musk ketika Tesla berdepan permintaan kenderaan elektrik EV yang semakin pelahan serta cabaran daripada pesaing China.
00:25Pakej ini boleh melonjakkan lagi pegangan saham Musk sekiranya sasaran ditetapkan tercapai termasuk membawa nilai pasaran Tesla mencecah $86 triliun dalam tempoh 10 tahun.
00:39Harga saham Tesla meningkat 3% selepas pengumuman tersebut.
00:44Pelan baru ini jauh lebih besar berbanding pakej pampasan Musk pada 2018 bernilai $56 bilion yang kini masih dalam proses pertikaian undang-undang.
00:53Pihak lembaga pengarah berkata langkah itu bertujuan memastikan Musk kekal fokus serta bermotivasi untuk memacu Tesla ke arah transformasi menjadi gergasi kesedarsan buatan AI dan robotik.
01:05Namun, pengkritik menegaskan Musk sudah pun mempunyai insentif besar sebagai pemegang saham terbesar syarikat, malah pakej baru ini boleh meningkatkan risiko tatbik urus korporat serta pencairan saham.
Comments

Recommended