00:00Mahkamah Tigi menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan proseding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terirudin Mohamad Saleh berhubung isu titah addendum yang di Pertuan Agong ke-16.
00:15Hakim Alice Luk Yiching memutuskan bahawa tiada kes pimafesi yang berjaya dibuktikan sekaligus menolak permohonan itu dengan kos RM20,000 yang perlu dibayar oleh pemohon.
00:27Najib memohon kebenaran untuk memulakan proseding itu berhubung dakwaan Terirudin menyembunyikan titah addendum yang didakwa membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
00:39Melalui Peguamnya Tan Sri Muhammad Syafi Abdullah, Najib berhujah responden memiliki pengetahuan peribadi mengenai titah tersebut kerana ia didakwa diserahkan semasa beliau menjawat jawatan Peguam Negara.
00:51Namun, Hakim menegaskan tiada bukti kukuh menunjukkan responden bertindak secara peribadi seperti yang didakwa, malah dakwaan itu disifatkan sebagai spekulasi semata-mata.
01:03Mahkamah turut mengambil kira kelewatan selama setahun dalam pemfailan proseding tersebut dianggap menjejaskan merit permohonan.
01:11Susulan keputusan ini pihak pembela memaklumkan akan memfailkan roiwan.
01:16Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak Ogos 2022 dan dikurangkan kepada 6 tahun oleh Lembaga Pengampunan pada Januari lalu, manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta.