00:00Seterusnya, Kementerian Perlidikan Tinggi diminta menambah kuota sekurang-kurangnya 250 orang pelajar lagi untuk pengambilan kursus ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pemberdahan MBBS di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine, Perak atau Uni KL RCMP.
00:18Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta cadangan tambahan itu dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan untuk menyokong hasrat kerajaan meningkatkan bilangan doktor serta memperkukuh barisan hadapan sektor kesihatan.
00:33Zahid turun cadangkan agar Uni KL RCMP mewujudkan sebuah hospital pengajar yang menjadi mercu tanda baru ilmu dan bakti.
00:41Melihat kepada perkembangan pesat Uni KL RCMP ini, patik penuh yakin bahawa pada suatu hari nanti akan berdirilah sebuah teaching hospital yang menjadi mercu tanda baru ilmu dan bakti.
00:57Bukan sahaja untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran, malah juga sebagai limpahan rahmat kepada masyarakat, mengurangkan kesesakan hospital serta memberi sumbangan besar kepada kejahteraan rakyat dan negara.
01:14Bila berkata demikian, dalam sembah ucapan sebenar Majlis Sambutan Jubli Perak Uni KL RCMP diipoh pada Khamis yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'ezuddin Cah.
01:23Menurut Zahid, sejak diwujudkan 25 tahun lalu, Uni KL RCMP terus mengekalkan mutu pengajaran, kurikulum bertaraf antarabangsa serta kekuatan tenaga akademiknya.
01:34Hasilnya, ujarnya, seramai 10,950 graduan telah berjaya dilahirkan yang berbakti kepada tanah air dan dalam masa yang sama turut mengharumkan nama negara di persadar antarabangsa.
01:46Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut melancarkan tiga buah buku di samping Blok Al-Zahrawi yang menempatkan Fakulti Perubatan serta Fakulti Farmasi dan Sains Kesihatan Bersekutu.
Comments