Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Sekretariat Suara Anak Kedah menegaskan bahawa Honggaq Kedah edisi kedua akan diadakan sekiranya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor gagal menjawab 10 isu utama yang disenaraikan dalam memorandum sempena Himpunan Honggaq Kedah, yang diadakan pada Ahad.
Transcript
00:00Hongkak Kedah edisi kedua akan diadakan sekiranya Kerajaan Negeri Pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Makno
00:07gagal menjawab 10 isu utama yang disenaraikan dalam memorandum himpunan tersebut.
00:14Bagaimanapun, Pengarah Sekretariat Suara Anak Kedah Sulaiman Ibrahim berkata,
00:18penganjuran itu tidak akan diadakan dalam bentuk perhimpunan.
00:22Sebaliknya, ia akan melibatkan proses penerangan di peringkat akar umbi
00:26bagi meningkatkan tekanan menerusi rakyat bawahan.
00:30Suara Anak Kedah Sulaiman berkata pihaknya memberi masa dua minggu
00:35untuk Kerajaan Negeri memberi maklum balas terhadap memorandum yang dihantar.
00:39Kerajaan Negeri kemungkinan dalam masa seminggu atau dua-dua minggu
00:44dan kita akan memberikan dalam masa dua tahun untuk melaksanakan dia punya janji.
00:50Tempoh dua tahun dan dalam masa tempoh satu tahun juga,
00:53kita juga akan mencari kali semua bukti-bukti yang kita ada
00:57pergi menerangkan sebulan kepada rakyat apa yang kita terangkan di dalam memorandum ini.
01:01Beliau berkata demikian selepas menganjurkan himpunan Hongkak Kedah
01:05di perkarangan Wisma Darul Aman pada ahad.
01:08Antara isu yang dibangkitkan dalam memorandum adalah kekecewaan rakyat
01:11terhadap slogan The Greatest Kedah
01:13yang didakwa tidak membawa manfaat sebenar kepada kesejahteraan rakyat.
01:17Sebaliknya hanya menjadi retorik politik.
01:20Selain itu, kadar pengangguran tinggi dengan lebih 100 ribu anak muda Kedah
01:24masih tidak mempunyai pekerjaan meskipun kerajaan negeri mendakwa
01:28membawa masuk pelaburan besar.
01:31Sementara itu, penganjur himpunan pasak menifatkan himpunan Hongkak Kedah
01:34sebagai satu kegagalan terutamanya dari segi kehadiran penyokong.
01:38Wakil penganjur Muhammad Harumen Zaki Al-Makribi Muhammad Hashim Han berkata
01:43himpunan yang dianjurkan pihaknya kira-kira 200 meter dari lokasi
01:47dilihat mendapat dokongan berkali ganda.
01:50Mengatakan yang pihak Hongkak gagal untuk menunjukkan
01:54ramainya menyokong Menteri Pusat Kedah daripada tidak menyokong.
01:59Itu sahaja tujuan utama kita nak menyampaikan kepada media
02:02yang Hongkak tiada sambutan apa-apa.
02:06Pasak untuk mempertahankan Menteri Pusat Kedah ada.
02:09dan ramai yang masih sayang kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended