Penubuhan semula Kementerian Undang-undang akan memudahkan perantaraan antara Jabatan Peguam Negara (AGC), badan kehakiman dan kerajaan, kata bekas menterinya, Syed Hamid Albar.
00:00Penubuhan semula Kementerian Undang-Undang akan memudahkan perantaraan antara Jabatan Peguam Negara, Badan Kehakiman dan Kerajaan, kata bekas Menterinya Said Hamid Alba.
00:12Said Hamid yang memegang portfolio itu dari 1990 hingga 1995, berkata Kementerian memiliki lebih banyak sumber untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab.
00:22Menjelaskan hujahnya, beliau menarik perhatian kepada usaha Kementerian tersebut dalam pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad dahulu antaranya Kertas Kerja mempercepatkan kes-kes tertangguh dan kajian berkenaan penambahan jawatan hakim.
00:38Said Hamid tidak menghuraikan peranan seorang Menteri Undang-Undang mengatakan ia tertakluk pada bidang tugas yang akan diwartakan sekiranya rancangan ini dilaksanakan.
00:48Namun beliau percaya ia akan memudahkan wakil rakyat mendapatkan penjelasan berhubung sesuatu perkara berkaitan Peguam Negara.
Be the first to comment