Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan pada Khamis.

Mohd Zalani Md Atan, Wakil Astro AWANI Pahang
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini berita yang baru kami terima sebuah pesawat pejuang FI-18D Hornet milik Tentera Udara Deraja Malaysia TUDM terbabit dalam kemalangan di landasan lapangan terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang sebentar tadi.
00:16TUDM dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 9.05 malam.
00:22Tiada sebarang butiran lanjut diberikan dalam kenyataan itu termasuk keadaan juruterbang dan penumpang.
00:27Namun dijelaskan TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
00:36Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih berhubung insiden.
00:57Bagaimana kemalangan terbang Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan?
01:27Dari wakil Isra Awani yang kini berada di Kuantan untuk mendapatkan laporan.
01:35Untuk itu saya akan bersama terus dengan wakil Isra Awani yang kini saya difahamkan cuba untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung insiden iaitu saudara Muhammad Zalani Mat Atan yang sudah pun bersedia secara dalam talian.
01:48Dan Abang Zalani mungkin boleh kongsikan keadaan pada ketika ini di lokasi kejadian.
01:54Ya, Pak Fahad. Saya sekarang berada di hadapan pintu masuk dalam sejarah kekuatan.
02:04Dan keadaan di sini kelihatannya agak normal dengan lalu lintas seperti biasa.
02:08Dan apa yang saya dapat perhatikan di dalam ruang ini, di dalam TUDM itu, tak ada apa-apa pergerakan yang ketara sangat.
02:16Cuma, yang apa yang daripada sumber yang saya boleh percayai, jurul terbang dikatakan sempat menggunakan kursi injal.
02:29Dan jurul terbang tersebut juga dikatakan selamatlah untuk maklumat sekarang.
02:33Tapi, walau macam mana pun, maklumat-maklumat lagi, kita masih lagi perlu menunggu daripada kenyataan daripada TUDM itu sendiri.
02:41Ya, mungkin Abang Zalani boleh kongsikan di lokasi secara spesifiknya, di lokasi mana Abang berada sekarang dan juga bagaimana keadaan di sekitar kawasan tersebut.
02:54Okey, saya sekarang berada betul-betul di hadapan pintu belakang TUDM.
02:59Daripada apa yang kita maklumkan, kemalangan itu berlaku di dalam landasan sana.
03:07landasan ini sebenarnya berkongsi dengan sentera udara dan dengan yang awam punya.
03:16Tetapi, walaupun bagaimanapun pesawat itu serempas didapati di tengah jauh di sana.
03:22Jadi, memang tidak nampak berdasarkan daripada tempat yang saya beli di sekarang ini.
03:27Ya, dan setakat ini tentunya kalau kita lihat di media sosial, beberapa visual telahpun ditularkan dan ada yang mengatakan bahawa mereka adalah penduduk di kawasan sekitar.
03:38Mungkin Abang Zalani sempat menemu bual mana-mana penduduk yang berada di kawasan berdekatan lokasi insiden.
03:45Saya, bila saya sampai di sini, keadaan sebenarnya sudah agak normal dan saya juga cuba mencari beberapa penduduk di dalam kawasan sini, terutama di sebelah kampung Pandan itu.
03:58Tapi, saya belum dapat lagi menemui mereka.
04:01Walaubagaimanapun, usaha menemu bual saksi-saksi itu kalau ada, saya akan melakukan pada sebelah siang nanti, keesokannya.
04:10Dan tentunya satu lagi, kita nak ketahui juga adakah pasukan penyelamat termasuk pihak polis di Raja Malaysia dan juga pihak bomba sendiri sedang dalam perjalanan ke lokasi nahas ataupun bagaimana?
04:25Apa yang saya dimaklumkan, pihak bomba sendiri sudah datang lebih awal lagi tadi semasa kejadian.
04:32Dan pihak bomba dalam perjalanan sejadian sendiri semasa mestinya menjadi pihak penyelamat yang paling awal sekali.
04:40Namun, apa yang kita harapkan, jurus terbang selamat dan keadaannya juga selamat tidak melibatkan apa-apa yang lebih daripada itu lagi.
04:53Kalau betul-betul pun, apa-apa pun kita perlu juga mencengar daripada kenyataan rasmi pihak penyelamat yang kita akan harap dapat daripada masa itu.
05:02Terima kasih.
05:02Terima kasih.
Comments

Recommended