Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Nadi Arena (21/8/25)
Transcript
00:00Pendekatan kunci mulut FAM hanya burukkan lagi keadaan.
00:04Itu ditegaskan Pemerhati Bola Sepak Negara Harish Dom
00:07rujuk kepada situasi semasa dengan spekulasi perubahan tampuk
00:10pucuk pimpinan Badan Induk Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM ketika ini.
00:15Memasuki hari ketiga spekulasi perubahan tampuk pimpinan FAM
00:19bakal melalui proses perubahan.
00:21Ironinya, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari Badan Induk itu.
00:26Situasi ini hanya akan memburukkan lagi keadaan
00:28dengan semua pihak sudah mula membuat andaian
00:30membabitkan situasi yang dihadapi Presiden terkini.
00:34Jadi, dengan berkunci mulut,
00:36Ironinya sebenarnya menimbulkan lebih banyak lagi andaian dan persepsi
00:40dan awak tak boleh merasakan bahawa
00:42oh, we don't need to answer this
00:44kerana ini merupakan satu sukan yang mempunyai ramai pemegang taruh
00:49sudah tentunya pihak sponsor sebagai contoh
00:53mereka juga ingin tahu apakah status
00:56who do they deal with after this.
01:00FAM perlu telus dalam menyelesaikan isu dalaman
01:03kenyataan rasmi perlu dikeluarkan segera pihak pengurusan
01:05agar imej Badan Induk itu tidak tercala
01:08dengan pelbagai andaian kurang tepat
01:10dari sesetengah pihak.
01:12Ketika FAM dan skuad kebangsaan perlu seiring
01:14dalam mengejar sasaran skuad kendalian Peter Kolmoski,
01:17isu terbaru dari FAM ketika ini
01:18hanya akan membantutkan rasa yakin orang ramai
01:21terhadap kemampuan Badan Induk itu
01:22untuk cipta perubahan.
01:26Sudah tentu imej, dah imej tersebut, dah impacted.
01:30Melainkan kalau mereka merasakan bahawa
01:33it's nothing dan mereka menidakkan benda ini
01:37sebagai perkara yang remeh, itu terpeluang pada mereka lah.
01:40Tapi kepada orang lain, kepada mereka yang berada di luar sana,
01:43ini merupakan, it's a heavy beating on their image.
01:47Jadi, you know, they have to find a way
01:51ataupun they have to come out in the open
01:52untuk memberitahu what exactly is going on.
01:55Kena transparent lah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended