00:00Sehingga 16 Ogos 2025, Minggu Epidemiologi ke-33 tahun 2025,
00:06sebanyak 41,814 kes COVID-19 telah dilaporkan di seluruh negara
00:12berbanding 83,018 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024.
00:18Kebanyakan kes adalah bergejala ringan dan hanya 2 kematian
00:22telah dilaporkan sehingga kini pada tahun 2025
00:25berbanding 58 kes kematian dilaporkan sepanjang tahun 2024.
00:31Selari dengan situasi global, terdapat peningkatan kes di negara ini bermula
00:356 April 2025, peningkatan kes dikaitkan dengan perubahan sub-variant
00:41dengan kebanyakan kes adalah bergejala ringan dan vaksin sedia ada
00:45masih mampu memberikan pelindungan terhadap sub-variant ini.
00:50Tahap ancaman varian COVID-19 terkini terhadap golongan berisiko
00:55adalah rendah dan terkawal kerana Malaysia kini berada dalam
00:58fasa hidup bersama COVID-19 di mana penyakit ini dikendalikan
01:03sebagai sebahagian daripada jangkitan saluran penafasan lain
01:08seperti influenza dan jangkitan virus yang lain.
01:12Walaupun tren peningkatan atau penurunan kes merupakan suatu
01:15perkara biasa, komplikasi masih boleh berlaku khususnya dalam kalangan
01:20golongan berisiko seperti warga emas dan individu dengan komorbiditi.
01:27Sehubungan dengan itu, KKM sentiasa memantau situasi semasa COVID-19
01:32di dalam dan luar negara termasuk pelaksanaan penjujukan genomik
01:39bagi mengesan kewujudan varian atau sub-varian baru yang boleh
01:43menjejaskan kesihatan awam. Pemberian vaksin COVID-19 secara
01:48sukarela dan percuma diteruskan di fasiliti kesihatan terpilih.
01:53KKM juga terus menyalurkan maklumat dan syur terkini berdasar
01:57penilaian risiko semasa. Ini termasuk langkah-langkah pencegahan
02:01yang boleh diamal oleh masyarakat seperti pengambilan vaksin
02:05terutamanya kepada golongan berisiko, amalan kebersihan kendiri,
02:09etika batuk dan bersin dan pemakaian pelitup muka apabila
02:13bergejala atau berada di tempat sesak. Sebarang maklumat terkini
02:17berkaitan COVID-19 juga terus disalurkan melalui saluran rasmi KKM.
02:23Terima kasih kerana menonton!
Comments