00:00We have a lot of questions in social media that has been asked about the possibility of Malaysia to become a fan of F1.
00:10To answer your question, the activity Sukan Bermoto is one of the activities that is in the 1st, Section 2, Akta Pembangunan Sukan 1997.
00:22Untuk menjawab soalan yang berhormat, buat masa ini Malaysia tidak merancang menganjurkan kejohanan Formula 1 memandangkan kos uran, hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalender perlumbaan yang padat.
00:38Kejohanan F1 mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 1999 dan Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan acara perlumbaan berprestij ini.
00:52Malaysia terus menjadi salah satu destinasi perlumbaan F1 untuk 19 tahun.
00:58Tetapi akibat daripada yuran penganjuran yang meningkat saban tahun dan ketibaan penonton yang semakin lama semakin berkurangan,
01:06Malaysia telah berhenti menganjurkan kejohanan tersebut pada 1 September 2017.
01:13Sebelum kita dapat mempertimbangkan kembali penganjuran semula kejohanan F1 di Malaysia, beberapa faktor perlu diteliti dengan lebih terinci.
01:21Satu, kos yuran dan hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi.
01:27Penganjuran kejohanan F1 akan memerlukan kerajaan untuk melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran kepada Liberty Media iaitu pemegang hak komersial F1.
01:41Secara amnya, Malaysia perlu mengikat kontrak penganjuran sepanjang 3 hingga 5 tahun dengan Liberty Media dan ini akan melibatkan komitmen yuran hak penganjuran kejohanan F1 sekitar RM1.5 bilion untuk tempoh tersebut.
01:59Selain kos yuran hak penganjuran tadi, kos penyediaan LITA dan penganjuran acara turut perlu diambil kira.
02:06LITA antarabangsa Sepang masih mengekalkan penarafan homologasi LITA grade 1 FIA dan memerlukan sebanyak RM10 juta setiap tahun untuk memastikan keselamatan LITA dan fasiliti sokongan menepati standar penarafan tersebut.
02:23Keduanya, perbandingan kos dengan manfaat kepada rakyat dan atlet. Kos yuran hak penganjuran sebanyak RM300 juta setahun sebenarnya boleh digunakan untuk menampung pelbagai program penting di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
02:38Saya bagi contoh, melalui peruntukan tersebut, Kementerian dapat melaksanakan program pembangunan 20 jenis sukan yang melibatkan seramai 363 atlet podium serta 9,834 atlet pembangunan bakat.
02:53Dengan kos keseluruhan hanya RM124 juta setahun.
02:59Dengan jumlah RM300 juta juga, KBS mampu menampung beberapa kali ganda pelaksanaan programnya iaitu bersamaan 2 tahun ataupun 4 tahun program podium sedia ada.
03:09Yang keduanya, peruntukan kos penyediaan LITA sebanyak RM10 juta boleh menampung program road to go setahun.
03:15Bukan itu sahaja, dengan jumlah yang sama, kerajaan sekarang memperuntukkan grant padanan sukan yang bernilai RM30 juta setahun.
03:24Dan kalau kita gunakan fee untuk F1, kita boleh tampung GPS untuk 10 tahun dan boleh menjana pelbagai impak ekonomi kepada Malaysia.
03:35Yang faktor kedua, kelenda perlombaan F1 sangat padat.
03:41Pada musim 2025, kejohanan Formula 1 bermula dengan sesi ujian pramusim di Bahrain pada bulan Februari dan pusingan pertama kejohanan tersebut dianjurkan di Australia pada 16 Mac dan terus berlumba di 23 destinasi yang lain.
03:58Kelenda perlombaan kejohanan sekarang sangat padat dan sekiranya Malaysia berminat untuk menganjurkan semula, kita perlu bersaing dengan negara-negara lain untuk merebut tempat di dalam kelenda tersebut.
04:09Sebagai contoh, Singapura telah menganjurkan F1 semenjak tahun 2008 dan Thailand juga bakal menjadi salah satu destinasi perlombaan F1 bermula tahun 2028.
04:21Penganjuran oleh negara lain dalam rantau Asia Tenggara boleh menjejaskan pulangan penganjuran di Malaysia.
04:27Jadi, rumusannya Tuan Yang Di-Pertua, satu, F1 merupakan satu acara sukan yang sangat berprestij dan diikuti oleh ramai peminat di seluruh dunia.
04:39Jadi, kalau kita mampu, it's a good to have F1 event di Malaysia.
04:44Yang keduanya, dana yang diperlukan untuk membayar yuran hak penganjuran amat tinggi dan bermakna dana tersebut boleh digunakan untuk menampung keperluan sukan yang lain sekarang.
04:56Yang ketiga, F1 Malaysia tidak menutup peluang sepenuhnya untuk F1 kembali.
05:02Jika ada pihak korporat yang berminat untuk menampung keperluan bagi yuran hak penganjuran F1, pihak yang berminat boleh menghubungi Sepang International Circuit untuk perbincangan lanjut.
05:14Kita terbuka dan kita boleh bekerjasama.
05:17Empat, SIC kini menumpukan semua usaha kepada penganjuran acara MotoGP di Malaysia yang mampu memberikan nilai dan manfaat ekonomi yang lebih tinggi
05:27dengan kos yuran hak penganjuran yang jauh lebih rendah iaitu satu suku kos berbanding yuran hak penganjuran F1.
05:36Sekian, terima kasih.
05:37Yang berhormat Sibu, soalan tambahan.
05:41Terima kasih. Jawapan yang baik dari Menteri.
05:45Jadi, bagaimanakah penggunaan Sepang International Circuit ini boleh digunakan supaya ia boleh membawa manfaat dan menyokong industri
05:56sukan negara kita?
06:00Tuan Yang Di-Pertua, sebenarnya Sepang International Circuit ini bukan white elephant project.
06:07Kerajaan Madani dengan komitmen untuk memudahkan akses rakyat kepada kemudahan fasiliti sukan,
06:14SIC telah dibuka kepada pengunjung awam melalui program SIC Time Out.
06:20Saya bagi contoh, tahun 2023, kita telah buka circuit kita dua kali setahun kepada 2,400 orang.
06:282,024, tiga kali setahun kita buka SIC dan tahun ini juga tiga kali setahun menarik minat 4,500 orang.
06:37Apa program yang kita lakukan di SIC?
06:39Program komuniti memberi akses percuma kepada rakyat untuk melakukan aktiviti riada seperti berjogging,
06:45berbasikal, bermain papan selaju dan kasut roda dan pelbagai aktiviti lain.
06:51Kita nak pembayar cukai mempunyai akses kepada fasiliti yang first class ini.
06:55Dalam pada itu, penganjuran tahunan Petronas Grand Prix of Malaysia ataupun MotoGP menarik kehadiran penonton hampir 185,000 orang pada tahun lepas,
07:07menjana nilai tambah impact ekonomi sebanyak RM329,000 pada tahun lepas dan mencipta 4,463 peluang pekerjaan kepada rakyat.
07:18Jadi SIC menjadi destinasi pilihan untuk penganjuran acara antarabangsa berprofil tinggi seperti Super GT, Michelin 24H, Series Middle East, GT World Challenge Asia, Asia Le Mans
07:31dan acara-acara perlumbaan tempatan seperti Malaysia Touring Car Championship, Malaysian Cup Prix, Malaysian Superbike Championship MSBK
07:40terus menyemarakkan industri sukan pemotoran negara.
07:43Saya sendiri ada host satu open day dengan duta-duta di Malaysia supaya mereka juga tahu bahawa mereka boleh menganjurkan pelbagai aktiviti di Sepang International Circuit.
07:56Dan yang akhirnya, kita sudah mula lihat penganjuran konsert dan kejuanan Sukma 2026 untuk acara pembukaan.
08:08Menteri Besar Selangor juga telah mengumumkan mereka akan menggunakan Sepang International Circuit sebagai venue untuk perasmian Sukma tahun depan.
08:16Terima kasih.
08:16Terima kasih.
Comments