00:00Keunikan Liga A1 ditambah dengan kehadiran pasukan daripada Korea Selatan, Seoul Fionic FC yang akan memeriahkan saingan Liga musim ini.
00:11Dapat dilihat dari sesi latihan mereka pada hari ini, di mana mereka sudah pun nampaknya bersedia untuk menghadapi aksi pertama mereka bertemu dengan pasukan JDT 2.
00:23Dapat dilihat juga dari sini, kelibat bekas pemain yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia sebelum ini, Patrick Ronaldinho.
00:33Namun difahamkan, Patrick masih lagi belum didaftarkan bersama dengan pasukan ini dan beberapa isu dokumentasi sedang pun cuba diselesaikan secepat mungkin.
00:46Dan mereka sebenarnya berusaha untuk memastikan Patrick berada dalam senarai pemain mereka menerusi pendaftaran yang akan berakhir pada hujung bulan ini.
00:56Sudah pasti, aksi pasukan ini menjadi tumpuan memandangkan ini adalah aksi pertama mereka dalam saingan Liga A1 musim ini.
Comments