Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Menurut Kenyataan Prabelanjawan 2026 Kementerian Kewangan (MOF), bantuan itu bertujuan menyediakan sokongan pendapatan agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati kehidupan bermaruah dan sejahtera, selain rakyat mampu memperoleh keperluan asas terutama makanan dan barangan keperluan di samping memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara.
Transcript
00:00Assalamualaikum, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
00:30Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:00Bantuan disasarkan dengan tepat kepada golongan memerlukan.
01:03MOF memaklumkan kerajaan komited untuk beralih daripada subsidi menyeluruh kepada pelaksanaan subsidi bersasar bagi menghabuskan ketirisan, meningkatkan kecekapan fiskal dan memastikan sumber awam diagihkan kepada golongan memerlukan serta memastikan majoriti rakyat terus menerima manfaat.
01:20Menurut kenyataan itu, penambahbaikan berkenaan akan mewujudkan sistem pelindungan sosial yang kukuh, mengikut keperluan semasa dengan penggunaan data dan automasi bagi menyampaikan sokongan dengan lebih tepat, pantas dan bermaruah.
01:33Menurut MOF, Belanjawan 2026 turut meneruskan usaha merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta memudankan pembangunan wilayah termasuk kawasan terpencil dan kurang mendapat perhatian di Sabah dan Sarawak.
01:45Pelaburan utama akan tertumpu kepada infrastruktur dan utiliti asas termasuk jalan raya, air terawat, elektrik, sistem pembentungan dan internet berkelajuan tinggi yang penting untuk kesejahteraan rakyat dan peningkatan mobiliti sosial.
02:01Sementara itu, Belanjawan 2026 akan memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi negara yang berkembang melalui strategi pemerkasaan kumpulan sasar.
02:10Ini meliputi inisiatif pengembangan program pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVED, sokongan perusahaan sosial, akses pembiayaan dan platform digital bagi golongan belia selain pelaburan dalam infrastruktur penjagaan kanak-kanak, aturan kerja fleksibel, program peningkatan kemahiran dan keusahawanan untuk golongan wanita.
02:29Selain itu, tumpuan diberikan bagi memperkasakan pelindungan sosial, penjagaan jeratrik dan rumah serta pembiayaan mampan penjagaan warga emas,
02:39sementara bagi golongan kurang upaya OKU, intervensi melibatkan akses pendidikan inklusif, infrastruktur awam tanpa halangan, perimatan digital dan rangka kerja pekerjaan inklusif.
02:50Komuniti orang asli dan peribumi pula akan dibantu melalui pembangunan ekonomi berasaskan komuniti serta penambahbaikan pendidikan dan kesihatan sementara inisiatif bagi Bumi Putera meliputi strategi 3P, iaitu penyertaan luas, pemilikan bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik.
03:07Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended