00:00PAS jadi Perdana Menteri, setuju tak Tuan-Tuan?
00:03Bekas pemimpin UMNO, Isham Jalil mahu bekerjasama dengan PAS dalam usahanya mengangkat pemimpin parti itu menjadi Perdana Menteri kerana yakin kemampuannya membanteras rasuah dan politik wang.
00:16Isham dalam satu video di Facebook berkata Malaysia kini berdepan masalah itu seperti pemberian projek kepada taikun untuk mendapat balasan rasuah yang didakwanya turut menjadi punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada 2018.
00:31Dakwanya, masalah itu turut berlaku kepada parti lain memerintah kerajaan dan amalan terbabit boleh diselesaikan jika ada akta khas berkaitan pendanaan politik.
00:41Parti politik mana dalam Malaysia ni yang paling kurang sekali rasuah, Tuan-Tuan?
00:48PAS lah.
00:50Sebab itu saya nak bekerja bersama dengan PAS dan menjadikan PAS sebagai Perdana Menteri Malaysia ni, Tuan-Tuan.
00:56Saya bebas, saya bukan PAS.
00:58Tapi saya nak tengok kali ini.
01:00Isham bekas ahli majlis kerja tertinggi UMNO dipecat daripada parti itu pada Desember 2023 kerana kelantangannya terutama berkait kerjasama dengan DAP
01:10menerusi kerajaan perpaduan.
01:13Sejak pemecatannya, beliau dilihat bergerak dengan pembangkang termasuk berucap pada Perimpunan Anjuran Perikatan Nasional di Kuala Lumpur 26 Julai lalu.
01:22Yasmin Abdul Latif, FMT