00:00Landskap jangkitan HIV di Malaysia menyaksikan perubahan ketara dengan punca jangkitan kini lebih tertumpu kepada transmisi seksual dan bukan lagi akibat perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penanggih dada seperti yang berlaku sebelum ini.
00:15Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad mendedahkan data menunjukkan 96% jangkitan HIV di Malaysia pada lalu berlaku melalui hubungan seksual.
00:24Menurut beliau, 64% daripadanya melibatkan hubungan homoseksual dan bisexual, manakala 32% lagi berlaku secara heteroseksual.
00:35Tambah beliau sepanjang tahun lalu, sebanyak 3,185 kes HIV baru dilaporkan dengan kadar notifikasi 9.4 bagi setiap 100,000 penduduk.
00:45Majoritinya adalah lelaki iaitu 90% berbanding wanita hanya 10%.
00:50Zulkifli yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor itu memberitahu tren itu bagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1990-an di mana wanita hanya 1% dan lelaki 99%.
01:02Jelas beliau, 75% kes HIV yang dilaporkan pada tahun lalu adalah melibatkan golongan belia dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun.
01:10Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Ceras Tan Kok Wai mengenai situasi terkini jangkitan HIV dalam negara termasuk angka jumlah pesakit HIV mengikut kategori kumpulan umur dan jantina serta punca utama jangkitan.
Comments