00:00Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Moskow pada selasa untuk memulakan lawatan negara 6 hari ke Rusia.
00:09Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di lapangan terbang antarabangsa Vuno Kuvo II pada 2.20 petang atau 7.20 malam waktu Malaysia.
00:20Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Valery Falkov dan pemangku pengarah Jabatan Protokol Negara Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia Georgi Kuznetsov.
00:35Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia Alexander Pankin dan Duta Besar Rusia ke Malaysia Niel Letipov.
00:44Hadir sama menyertai sambutan ketibaan ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin,
00:52Ketua Setiusaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamad Zain dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Chiang Lun Lai.
00:59Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan Seri Paduka Baginda kemudian berkenan melintasi barisan kawalan kehormatan diiringi oleh Falkov dan Kuznetsov
01:08sebelum disambut oleh tetamu kenamaan dari Malaysia dan Rusia.
01:12Semasa lawatan 6 hari Sultan Ibrahim akan diberi sambutan negara di Kremlin pada Rabu
01:17disusuli pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan Putin.
01:26Yang dipertuan agung turut dijadwalkan melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia NAMI
01:32serta Hub Teknologi dan Inovasi Tochka Kipenia.
01:35Selepas menamatkan program di Moskow, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Kazan di Republik Tatarstan untuk segmen kedua lawatan negara.
Comments