00:00Yang Mahbohmat Perdana Menteri memaklumkan mengenai panggilan telefon di antara beliau dan juga Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump
00:08yang telah berlangsung sekitar jam 6.50 pagi semalam.
00:13Dalam perbualan telefon itu, Yang Mahbohmat telah menerima makluman daripada Presiden Trump
00:21mengenai kejayaan mengemudi isu melibatkan sempadan Thailand dan Kemboja
00:30dan seterusnya Yang Mahbohmat juga telah menyampaikan beberapa pandangan khusus berkait perdagangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat
00:41di mana Presiden Donald Trump telah meminta supaya sedikit masa diberikan kepada beliau
00:49pengumuman asal mengenai tarif timbal balik yang ingin Amerika Syarikat kenakan
00:56termasuk kepada Malaysia sepatutnya diumumkan semalam
00:59tapi seperti yang umum sedia maklum telah diumumkan hari ini
01:03bahawa tarif timbal balik dari Amerika Syarikat terhadap perdagangan dengan Malaysia
01:10telah turun dari 25% ke 19%
01:14dan ini meletakkan Malaysia pada tahap tarif timbal balik serupa dengan beberapa negara ASEAN yang lain
01:22seperti juga Indonesia
01:24dan kita nantikan juga sidang media yang akan dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
01:33pada jam 4 petang hari ini
01:36dan Jemaah Menteri juga telah meminta supaya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
01:42memberi kenyataan Menteri di Dewan Rakyat pada hari Isnin
01:48untuk memaklumkan Dewan Rakyat mengenai keputusan
01:51dalam isu tarif timbal balik ini
01:55selamat menikmati
Comments