00:00Penganalisis tidak menolak tindakan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Syari
00:04menyindir rundingan damai Thailand-Kemboja diusahakan Malaysia dengan karikatur haiwan rebut pisang
00:10boleh menjejaskan usaha Perikatan Nasional menarik undi atas pagar.
00:16Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:19pemimpin PAS perlu lebih matang dan tidak menyindir jika mahu meluaskan pengaruh
00:23sambil menifatkan tindakan Fadli tidak mencerminkan kewibawaan seorang ahli parlimat
00:28yang sepatutnya arif tentang diplomasi dan konflik serantau.
00:33Manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata,
00:37politik sindiran yang menjadi darah daging PAS menunjukkan pemimpin parti itu cetek ilmu terhadap konflik serantau.
00:45Terdahulu Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Fadli
00:49memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja.
00:53Susulan kenyataan dan hantaran memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara itu.
01:00Dalam jawapan ringkas kepada FMT, Fadli bagaimanapun,
01:04menyatakan tidak berhasrat memohon maaf dan menyerahkan isu berkenaan kepada polis untuk siasatan.