00:00Kementerian Luar Iran mengesahkan wakil agensi tenaga Buk Atom Antarabangsa IAEA akan melawat republik itu dalam tempoh dua minggu.
00:09Juru cakapnya, Ismail Bahre berkata, Iran berhasrat untuk merangka protokol baharu bersama IAEA selaras dengan undang-undang mengikat yang diluluskan oleh Parlimen Iran pada Jun lepas untuk menggantung sebagian kerjasama dengan agensi itu bagi menentukan bagaimana kerjasama dengan badan nuklear PBB itu boleh diteruskan.
00:27Ismail membuat kenyataan itu semasa sidang media mingguan ketika mengulas bentuk kerjasama masa depan antara Iran, IAEA serta pendirian negara itu terhadap penerusan aktiviti pengayaan uranium di wilayahnya.
00:40Dalam sidang media sama, Ismail mengulangi komitmen terhadap perjanjian pengawalan senjata nuklear NPT. Namun, beliau tegaskan Iran mempunyai hak tertentu berdasarkan perjanjian itu.
00:50Jelasnya adalah tidak wajar untuk mengharapkan sebuah negara terus menjadi anggota NPT tetapi dinafikan hak-haknya yang termaktub dalam perjanjian itu, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan tenaga nuklear secara aman.
01:03Terima kasih kerana menonton!
Comments