Reda menerima takdir anak lelaki tersayang sudah tiada, Muhammad Faiz tidak menyalahkan pihak taska dan berharap ada hikmah yang menanti selepas ini.
Dalam emosi penuh sebak, beliau menyatakan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak terutamanya taska kerana ia tidak boleh mengembalikan satu-satunya nyawa anak lelaki kedua daripada dua adik-beradik itu.