Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, secara peribadi dan mewakili rakyat negeri ini mendoakan Datuk Seri Najib Razak mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail secara peribadi dan mewakili rakyat negeri itu mendoakan Datuk Seri Najib Razak mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam titah adendum.
00:12Dalam satu antara di melalui Facebook pada Jumaat, beliau yang juga naib Presiden UMNO terus menzahirkan kesyukuran kepada Allah kerana Jabatan Peguam Negara AGC akhirnya mengakui kewujudan titah adendum.
00:23Katanya ini sekali lagi mengesahkan afidavid yang dikemukakan kepada pihak mahkamah bahawa beliau mengetahui kewujudan titah itu adalah benar dan bukan bersifat kabar angin.
00:35Jelasnya memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan titah adendum ini adalah wajar bagi proseding ini dihentikan dan titah ini dilaksanakan.
00:45Tambah beliau Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan semua pihak yang terbabit terutama pihak kerajaan perlu menjadi badan yang menjunjung konsep pengasingan kuasa termasuk menghormati kuasa yang di Putana Agong dan Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktuk dalam perlembagaan.
01:00Pada Rabu lalu, AGC telaporkan tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum dikatakan titah yang di Putana Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara bawah tanah rumah.
01:11Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan simakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.
01:20Bekas Perdana Menteri itu yang sedang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Berhad mefalkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan deraja pada 2 September 2022.
01:36Lembaga pengampunan kemudian mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada 6 tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Recommended