00:00Berita kelaporan berikutnya, Mahkamah Persekutuan dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum yang didakwa membolehkan Datuk Seri Najib Terazak menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
00:14Namun pihak Peguam Negara membantah cara dokumen itu dikemukakan dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi sebelum ini.
00:22Peguam Bela yang wakili Najib Tan Sri Muhammad Syafi'i Abdullah berhujah bahawa anak guamnya tidak berupaya mendapatkan salinan perintah tambahan tersebut pada peringkat awal kerana dokumen itu bersifat sulit.
00:37Menurutnya dokumen hanya diperoleh selepas keputusan Mahkamah Tinggi dibuat dan hanya dapat dikemukakan setelah mendapat kebenaran daripada Istana Negara pada 2 Disember tahun lalu.
00:49Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 6 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sambitan dalam kes SRC Internasional.
00:58Sebelum ini lembaga pengampunan telah mengurangkan hukumannya daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta.
01:08Mahkamah maklumkan bahawa keputusan berhumor rayuan semakan ini akan ditapkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Comments