00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyatakan sokongan tegas terhadap usaha diplomatik Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk menangani konflik di Gaza.
00:09Beliau pada masa sama menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengamalkan pendirian yang konsisten dalam isu penggunaan teknologi nuklear.
00:18Bercakap pada sidang media bersama sempena lawatan rasmi beliau ke Perancis, Anwar memuji usaha Macron yang disifatkan sebagai berterusan dan penuh semangat dalam memperjuangkan keamanan di Gaza.
00:29Selain mengecam, pengemboman dan kekejaman yang terus dilakukan terhadap orang awam.
00:59Anwar turut mengkritik sikap masyarakat antarabangsa yang dilihat bersifat pilih kasih dalam isu dasar nuklear dengan menegaskan bahawa penggunaan teknologi nuklear untuk tujuan aman tidak boleh dibenarkan kepada sesetengah negara sahaja.
01:26Manakala negara lain dinafikan hak yang sama.
01:30Anwar turut mengecam tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran dan menegaskan bahawa Malaysia terus menjalin komunikasi dengan Teheran sambil menyatakan bahawa Malaysia menolak sebarang tindakan yang boleh memburukkan ketegangan.
01:41Anwar turut memuji keterlibatan berterusan Macron dalam usaha diplomasi global dan pelbagai hala yang disifatkan sebagai kunci dalam menangani konflik antarabangsa yang rumit.
01:50Dalam konteks hubungan dua hala, Anwar menzaikan perkembangan kerjasama yang semakin kukuh antara Malaysia dan Perancis dalam bidang penerbangan, pendidikan dan tenaga bersih termasuk pembekalan pesawat Airbus kepada Malaysia Airlines dan AirAsia.
02:03Kerjasama penangkapan dan penyimpanan karbon sisi US bersama Petronas serta pertukaran pelajar dan pelancongan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.
Be the first to comment