00:00Malaysia berpotensi besar dalam teknologi kenderaan elektrik atau EV namun pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan R&D masih kurang menunjuk.
00:10Pengasih industri otomotif Hezri Samsuri berpandangan tumpuan serius terhadap R&D penting untuk memperkukuhkan kedudukan negara dalam industri berteknologi tinggi.
00:20Sekiranya kita mempunyai fasiliti itu sendiri di Malaysia, ini bermakna kita di universiti-universiti kita, syarikat-syarikat berteraskan teknologi kita mempunyai kontak, mempunyai hubungan kait yang lebih rapat kepada ekosistem industri itu sendiri.
00:39sebab pemain industri itu akan memberitahu apa yang mereka perlukan dan universiti-universiti ataupun syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi ini mampu menghasilkan teknologi baru ataupun cara-cara baru yang boleh digunakan secara terus kepada industri itu.
00:56Ini lebih mudah daripada memperkenalkan sesuatu benda yang baru tetapi tidak ada gunanya lagi ataupun tidak ada penggunaan yang besar di dalam industri itu.
01:06Malaysia boleh mengambil pendekatan berbeza dengan menjadi pusat teknologi dan pembuatan komponen EV berinovasi tinggi mirip peranan yang dimainkan oleh Jerman dalam industri otomotif global.
01:17Malaysia boleh fokus pada penghasilan komponen canggih, sistem kawalan pintar dan penyelesaian kejuruteraan.
01:23Ini sekaligus mengeksport bukan sahaja produk bernilai tinggi tetapi juga tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Comments