00:00Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana PMKS disaran untuk terus melakukan inovasi, adaptasi dan kolaborasi 3C bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan dalam era yang semakin mencabar.
00:14Pengasas OKOC Indonesia, Sandiaga Uno berkata, pendekatan 3C menjadi kunci utama dalam memperkukuh daya saing PMKS selain membuka peluang kerjasama rentas sempadan.
00:25Sandiaga berkata gerakan OKOC kini mempunyai lebih 600 ribu anggota di seluruh Indonesia dan sedang mengembangkan jalanan kerjasama antarabangsa termasuk dengan Malaysia.
00:36Bekas Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif itu turut menyentuh beberapa tren utama yang sedang membentuk landscape keusahawanan global antaranya ekonomi halal yang berkembang pesat seiring dengan proses pendigitalan.
00:47Malaysia sudah lebih dulu, sudah lebih awal dalam memulai halal ekonomis. Ini kita bisa saling bekerjasama sehingga kita bisa mempercepat penciptaan halal ekosistem.
01:03Beliau turut menekankan kepentingan ekonomi hijau dan kelestarian yang kini menjadi keutamaan generasi muda seperti Gen Z.
01:09Katanya Gen Z bukan hanya menilai kualiti produk tetapi juga impaknya terhadap alam sekitar melalui prinsip 3P iaitu planet, people dan prosperity.
01:18Sandiaga turut mencadangkan agar konsep sister city antara bandar di Malaysia dan Indonesia diterukai bagi mengintegrasikan ekonomi tempatan dan memperluaskan pasaran produk tempatan.
01:29Trend localized, customized, smaller in size. Saya menyebutnya trend terkini dimana barang-barang lokal, produk lokal, produk yang customized, produk yang juga mungkin paketnya kecil-kecil gitu, smaller in size.
01:51Jadi tadi saya lihat ada paket durian yang menjadi cookies, durian cookies, saya lihat tadi ada pisang di sebelah sana, ada juga produk herbal, produk kecantikan, ada batik.
02:08Di mana produk-produk lokalize dan kolaborasi ini bisa ditingkatkan menjadi trend-trend yang harus kita tekuni agar bisnis kita semakin bisa terintegrasi.
02:22Katanya PMKS perlu bersedia menghadapi krisis yang mungkin berlaku lebih kerap pada masa hadapan dengan membina perniagaan yang berdaya tahan di sebalik pelbagai cabaran.
Comments