- 10 months ago
Apa yang dapat diramal daripada perang antara Iran dan Israel yang masuk minggu kedua? bagaimana ketegangan ini akan terus memuncak? Analisis bersama Prof Madya Dr Aminurrassyid Yatiban
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Zulfitri Yusof. Inilah fokus minggu depan.
00:10Kami memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di Asia Barat, khususnya apabila kita melihat perang yang tercetus di antara Iran dan juga Israel.
00:19Ini menuntut perhatian kita dari masa ke masa, detik hingga detik kerana apa sahaja boleh berlaku di antara kedua-dua buah negara
00:26dan itu mungkin akan diburukkan lagi dengan campur tangan asing oleh kuasa-kuasa besar
00:32dan sejauh mana perang ini akan mengheret kepada krisis dan juga konflik ketidaktentuan yang lebih berpanjangan.
00:39Itu yang kita lihat bukan sahaja dalam konteks pemberitaan tetapi yang menarik untuk dianalisis dari pelbagai sudut
00:46dan melangkaui sekadar serangan peluru berpandu semata-mata.
00:51Dan sebelum saya bersama dengan tetamu saya pada hari ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara dan juga perkembangan terkini
00:57terkait dengan perang Iran dan Israel ini di mana kebakaran tercetus di ibu negara Israel
01:04selepas Iran melancarkan gelombang peluru berpandu yang baru pada awal pagi tadi.
01:08Memetik Al-Jazeera, beberapa letupan dilaporkan di ruang udara Tel Aviv ketika konflik antara Israel dan Iran masuk minggu kedua.
01:16Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel IDF berkata, saran dibunyikan di pelbagai kawasan di Israel ketika operasi memintas serangan dari Iran sedang dijalankan.
01:27Tentera udara rejim Zionis turut dilapor melancarkan serangan balas ke atas beberapa lokasi strategik di Iran pada awal pagi tadi.
01:35Serangan udara besar-besaran ke atas sidan itu termasuk kemudahan nuklear dan sebuah bangunan kediaman di Manakom.
01:40Juru cakap tentera Israel mendakwa lebih 70 jet pejuang dikerahkan dalam operasi yang menyiasatkan kawasan dari barat Iran hingga ke Teheran.
01:54Tentera udara Israel kata mereka telah memintas lebih 15 pesawat udara tanpa pemandu UAV yang dilancarkan dari Iran ke arah wilayahnya pada Jumaat dalam gelombang serangan udara yang berterusan antara kedua-dua negara.
02:09Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan pertahanan Israel IDF, drone-drone tersebut berjaya dipintas dalam sistem pertahanan udara jet pejuang helikopter tentera.
02:20Tiada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa setakat akibat serangan itu.
02:24Kebanyakan UAV dipercayai telah dimusnahkan sebelum memasuki ruang udara Israel.
02:29Sejak konflik semasa bermula dengan Iran, IDF menyatakan bahawa lebih 480 drone telah ditembak jatuh dengan lebih 95% daripada UAV dianggap mengancam telah berjaya dipintas oleh pasukan pertahanan Israel.
02:44Iran sebelum ini melancarkan ratusan drone dan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas kemudahan ketenteraan dan nuklir di wilayahnya.
02:51Beberapa negara jiran seperti Jordan turut dilaporkan membantu memintas drone yang melintas ruang udara mereka.
02:59Ketegangan antara kedua negara dijangka terus meningkat dengan serangan udara dan kenyataan diplomatik yang saling mencabar pihak antarabangsa.
03:06Termasuk Pertuan Bangsa-Bangsa Persatu menyeru agar semua pihak untuk mengelakkan ketegangan daripada berlanjutan dan kembali ke meja rundingan.
03:14Sementara itu, sebahagian besar daripada Iran pada ketika ini terputus daripada akses internet selama 60 jam.
03:26Perkembangan terbaru itu dikongsikan oleh Netblocks iaitu organisasi pemantau internet yang berpengkalan di London.
03:31Dan menurut kemaskini di laman X, pemantau itu berkata penutupan talian internet tersebut menghadkan akses orang awam.
03:38Ia termasuk menyuarkan pandangan politik, berkomunikasi secara bebas dan mengikuti maklumat keselamatan.
03:44Gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada sekatan yang dikenakan kerajaan Iran
03:47yang menyatakan langkah itu perlu bagi melindungi negara itu daripada serangan saiber Israel.
03:57Dan kita tahu, usaha untuk bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran sedang diselaras oleh Kementerian Luar
04:02sesudahan situasi konflik yang semakin meruncing di rantau tersebut.
04:06Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin, ia termasuk membawa balik menerusi jalan darat ke Tukministan
04:12sebelum rakyat Malaysia ini dibawa pulang ke tanah air.
04:17Jelas Mohd Khalid pada masa ini, tiada penerbangan keluar masuk ke Iran dan rakyat Malaysia di sana akan dibawa keluar melalui jalan darat.
04:27Seperti yang dikatakan, tidak ada kapal terbang yang boleh keluar dan masuk ke Iran.
04:36Jadi Kementerian Luar pun ada buat kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang ada di Iran akan dibawa melalui jalan darat.
04:44Dan negara yang telah diuruskan untuk menerima mereka ialah Tukministan.
04:50Maka mereka akan pergi ke jalan darat, daripada Tukministan lah bahawa mereka akan dibawa balik ke negara melalui mungkin sawat-sawat komersial biasa.
05:01Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Madlis Perasmian Tuayan Halia Bentung Muda di Kampung Gembur, Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Sabtu.
05:12Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Pertahanan terus memantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel di peringkat antarabangsa,
05:19meskipun tidak terlibat secara langsung dalam perang tersebut.
05:23Mohd Khalid menambah perkembangan konflik di Asia Barat perlu diperhati dengan teliti kerana ia mampu memberi impak langsung kepada rakyat, terutama ekonomi negara.
05:33Pada Jumaat, Kementerian Luar mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.
05:39Menterinya, Datuk Seri Mohd Hassan berkata, Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat, Tukministan.
05:48Dan ini juga antara perkara yang kami paparkan di astroawaring.com yang terkini, di mana Kedutaan Malaysia di Iran diarahkan tutup.
06:00Kalau dapat dipaparkan, inilah kenyataan daripada Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan, di mana Kedutaan Malaysia di Iran diarahkan menutup operasi buat sementara,
06:11kata Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan.
06:13Beliau berkata, semua warga Kedutaan Malaysia terbabit, terutup diarahkan supaya pulang ke tanah air dengan segera.
06:20Mohd, seperti dilaporkan berita harian, terutup mengesahkan banyak Kedutaan negara lain juga.
06:26Sudah berbuat demikian, susulan ketegangan konflik yang membabitkan Iran dan juga Israel.
06:33Di mana beliau telah mengarahkan semua warga Kedutaan termasuk Duta, semua rakyat Malaysia telah diminta keluar dari Iran.
06:38Walaupun ada yang masih tidak mahu keluar, ini termasuk tiga pelajar di KOM dan juga seorang di Isfahan kerana berada jauh dari Teheran, kata Datuk Seri Mohd.
06:51Dan di mana semalam, Kerajaan dan Kementerian Luar telah mengarahkan semua rakyat Malaysia berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.
06:57Dan Wismar Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat di Turkmenistan.
07:02Dan saya ingin membincangkan perkara ini, konflik antara Iran-Israel perang ini bersama dengan tetamu saya pada hari ini.
07:11Saya ingin membawa dan juga menjemput Prof. Mada Dr. Amin Rashid Yatiban merupakan pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitul Maktis daripada Universiti Utara Malaysia.
07:20Terima kasih Prof kerana sediakan bersama kami dalam pantau agenda reformasi.
07:23Mungkin terlalu awal untuk kita membuat ramalan tetapi berdasarkan daripada perkembangan semasa, daripada kenyataan dan juga tindak balas yang dilakukan antara Iran dan juga Israel dan juga kenyataan oleh Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain.
07:39Apa yang kita dapat jangkakan minggu depan Prof?
07:40Adakah perang itu semakin memuncak ataupun sebenarnya masih lagi ada ruang untuk dibawa ke meja rundingan?
07:47kerana memetik kepada apa yang dilaporkan oleh Al-Jazira beberapa jam lepas, salah seorang jurucakap kerajaan Iran mengatakan bahawa mereka mempertahankan negara mereka daripada serangan Israel tapi mereka terbuka untuk berunding di meja rundingan.
08:03Apa yang kita dapat amalkan Prof?
08:04Terima kasih Zul dan Isra Awani.
08:07Alhamdulillah kita cuba untuk membincangkan dan fokus kepada apa perkembangan-perkembangan yang dijangkakan berlaku.
08:16Pada minggu hadapan rentetan daripada perangan-serangan yang berterusan daripada kedua-dua belah pihak, daripada pihak Iran dan juga rejim haram Israel.
08:27Maka dalam konteks ini saya melihat dengan perkembangan yang berlaku begitu juga dengan respon-respon yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia,
08:41begitu juga dengan kalangan negara-negara seumpama UK, Perancis, China dan sebagainya.
08:49Jujurnya saya menjangkakan bahawa pada minggu hadapan seadaan yang ada ini akan berterusan dan dia belum lagi membawa kepada peringkat ataupun peperangan yang besar melibatkan banyak pihak selain daripada Iran dan Israel yang kita lihat pada hari ini.
09:10Saya melihat di sana bahawa respon daripada Iran dengan counter attack ataupun serangan balas yang dilakukan, tindak balas daripada Iran,
09:22to certain extent ia adalah mengejutkan banyak pihak termasuk daripada kalangan yang mungkin mengandaikan bahawa mereka boleh white off Iran dalam masa yang terdekat sahaja dengan naratif yang dibawa dan sebagainya.
09:36tetapi dilihat bahawa Iran bertindak balas dengan sewajarnya mengikut apa yang diperjuangkan dan dipertahankan oleh mereka dan dalam masa yang sama di pihak Israel pula seakan-akan sangat desperate.
09:52cuba untuk sebagaimana yang mungkin saya pernah kongsikan bagaimana mereka menggunakan taktik ini untuk menarik banyak pihak, pihak luar, Amerika Syarikat, mungkin juga Britain, mungkin juga Perancis untuk bersama-sama dengan mereka bagi membantai Iran.
10:09tetapi dengan perkembangan yang berlaku saya melihat mereka akan sangat-sangat berhati-hati dan respon-respon daripada pimpinan daripada US termasuk Donald Trump sendiri menggambarkan uncertainty dari segi keputusan mereka.
10:26cuma of course mereka akan cuba menfahirkan bagaimana mereka cuba memberikan tekanan kepada Iran dan seumpamanya dan dalam masa yang sama kita melihat walaupun Iran begitu aktif ataupun begitu agresif memberikan serangan balas
10:47dan mengeluarkan kekuatan-kekuatan mereka yang sebelum ini mungkin tidak dijangkakan sebegitu rupa tapi dalam masa yang sama mereka masih tertegas contohnya mereka tak nak melibatkan, tidak melibatkan Rusia, tidak melibatkan kuasa-kuasa lain untuk membantu mereka.
11:08dan respon ini juga turut diberikan oleh Rusia sendiri di mana mereka menyatakan bahawa Iran setakat ini tak minta bantuan daripada pihak-pihak lain
11:19tapi di pihak Iran sendiri masih membuka ruang untuk negosiasi dan kita sedia maklum sebelum daripada serangan ini mereka dalam proses negosiasi dengan Amerika Syarikat sendiri.
11:31jadi pada kedudukan ini Zul saya melihat bahawa pada minggu hadapan serangan kemungkinan besar akan berterusan daripada kedua-dua belah pihak walaupun kita sentiasa berdoa mudah-mudahan
11:44segeralah dapat untuk diselesaikan secara damai tetapi kedua-dua belah pihak dengan kekuatan mereka masing-masing memang akan sentiasa mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak mereka yang sewajarnya
11:58terutamanya di pihak Iran yang diserang bertubi-tubi dalam bentuk massive attack keserangan yang besar. Begitu ke?
12:06Prof, saya nak berjelihat seketika dahulu tetapi bagaimana kita melihat bahawa sekiranya perang ini berlanjutan dan berterusan
12:13adakah dunia mampu untuk membayarnya daripada segi impak ekonomi dan juga bagaimana kita melihat Iran itu kalau daripada segi sejarahnya juga
12:21perlibatan mereka dalam perang mungkin juga perlu dianalisis dalam suatu hal juga dan juga selat hormus itu dalam masa yang sama
12:27bagaimana pentingnya kepada ekonomi dunia dan juga harga minyak dan sebagainya
12:33serta bagaimana juga dengan lokasi-lokasi strategi Amerika Syarikat di seluruh rantau Asia Barat itu
12:40itu juga kita kena fikirkan dalam konteks perang dan sebagainya
12:43itu kita bincang sebentar lagi kita menjelihat seketika dahulu kita jumpa lagi setelah sini
12:46Bagaimana perang antara Israel dan Iran akan terus memuncak dan juga ketegangan itu akan berlarutan pada minggu hadapan
13:07saya bersama dengan Prof. Mada Dr. Amir Rashid Yatiban pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian
13:13dan Universiti Utara Malaysia UUM Prof. Tadi sebelum kita menjelihat kita tanyakan beberapa faktor
13:19faktor Iran itu sendiri daripada segi aset ketenteraan dan juga bagaimana adakah Iran masih lagi ada kekuatan dalaman untuk menangkis segala ancaman yang segala ada
13:31selat hormos itu juga dalam persamaan sama pun juga penting kerana itu cukup strategik untuk kalau perang ini berlarutan dan juga meletus dengan lebih besar
13:40bagaimana adakah dunia mampu membayar harga di sebalik konflik yang berlaku ini Prof.
13:47Terima kasih Zul. Dalam hal ini kita wajar melihat bahawa Iran memang sangat signifikan dan sangat strategik pada beberapa perkara
13:56saya nyatakan tadi berkait dengan kemampuan mereka yang telah dizahirkan sebahagiannya dan kekuatan mereka yang sebahagian mungkin tidak menjangkakan to that extent
14:07dan dalam masa yang sama kedudukan Iran bila mereka adalah pengawal kepada selat hormos sendiri
14:16ia memberikan suatu indikasi bagaimana Iran boleh untuk menggunakan sekiranya terdesak
14:23menggunakan another weapon ataupun pendekatan mereka strategi mereka dengan menutup selat hormos
14:32sebagaimana perkara ini pernah dilakukan oleh kumpulan ataupun kerajaan Yemen yang diketuai oleh Ansarullah
14:42ataupun Houthi di Yemen bila mereka mengawal Babul Mandak yang akhirnya kalau kita lihat bagaimana akhirnya
14:51Donald Trump sendiri mengumumkan bahawa Amerika Syarikat terpaksa Amerika Syarikat cuma of course dia menggunakan bahasa
14:59menggambarkan Amerika Syarikat masih lagi dominant Amerika Syarikat berhenti daripada menyerang secara direct
15:06secara direct Yemen ya Republik Yemen
15:10bila mana Yemen mampu untuk bertindak balas
15:14dan saya menyaksikan sendiri bila mana saya berada di sona tempoh hari dalam bulan Ramadan
15:20bila mana serangan daripada Amerika Syarikat almost everyday ke Yemen
15:25tetapi Yemen tidak berdiam diri mereka ya react kepada kepada serangan-serangan yang dilakukan
15:33sehingga kepentingan-kepentingan aset Amerika Syarikat semakin berkurang dan mengalami kerugian
15:41pada kedudukan ini saya melihat Iran sekiranya terdesak
15:46Iran boleh untuk mengambil tindakan yang sama dengan menutup dan mengawal selat hormus
15:53yang ini pastinya akan memberikan impak yang lagi berat
15:57pada kedudukan sekarang pun telah ada impak secara langsung
16:01kepada harga minyak kepada masalah itu masalah ini dan sebagainya
16:06sekiranya ini terpaksa berlaku terpaksa dilakukan oleh Iran
16:11maka impaknya akan lebih besar dan perkara ini ya bagi pihak negara dunia
16:19masyarakat antarabangsa memang untuk mengelakkan impak yang sangat besar ini
16:24memang perlu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan penyelesaian ya
16:30penyelesaian perlu untuk diambil segera
16:32of course satu memang perlu kepada penyelesaian perdamaian
16:37tetapi dalam masa yang sama masyarakat dunia perlu berlaku adil
16:42kerana jelas bahawa yang melakukan jenayah yang melakukan serangan
16:47unprovoked attack adalah rejim haram Israel
16:51ditambah dengan penyeludupan-penyeludupan perisikan yang mereka lakukan itu
16:56maka masyarakat dunia perlu jujur dan tegas
17:00perlu untuk mengambil tindakan kepada rejim haram Israel
17:04setakat ini tiada report bagaimana Iran cuba menyusup di mana-mana bahagian
17:09walaupun mereka ada ya
17:11kalau boleh disebut sebagai rakan mereka
17:14daripada kalangan Hamas katakan di Gaza dan sebagainya
17:17tetapi mereka menghormati sekurang-kurangnya
17:20mereka menghormati undang-undang antarabangsa
17:22jadi pada kedudukan ini
17:24masyarakat dunia perlu untuk kembali kepada prinsip
17:28dan juga keadilan yang nyata
17:31tanpa perlu untuk membela
17:34ataupun sebenarnya bias
17:36memihak kepada rejim haram Israel
17:38pada segala jenayah dan serangan biadab
17:41yang mereka telah lakukan itu
17:43walaupun mereka dengan hasrat menampilkan dominasi mereka
17:48dalam rantau Asia Barat dan dunia
17:51tetapi dunia melihat
17:54bagi dunia yang jujur melihat
17:57bagaimana kejahatan, kebiadaban Israel
18:01tersingkap satu demi satu
18:03termasuklah sekutu-sekutu yang masih lagi menyokong
18:06kebiadaban ini
18:08kalau kita lihat daripada kalangan orang-orang
18:11orang-orang Yahudi
18:13orang-orang warga Israel sendiri
18:16mula untuk memberikan proses
18:18mula menyatakan
18:19rayuan mereka kepada Iran
18:22untuk stop serangan dan sebagainya
18:24ini menggambarkan bagaimana
18:26tindakan daripada rejim haram Israel
18:28yang diketuai oleh Netanyahu
18:30sebenarnya tidaklah disokong pun
18:33oleh sebahagian besar
18:35daripada warganya sendiri
18:37maka perkara-perkara ini perlu
18:39untuk diperhatikan
18:40of course
18:41kita perlu untuk mengelakkan
18:43daripada harga yang sangat tinggi
18:46yang terpaksa dibayar
18:47ekoran daripada perperangan ini
18:49tetapi dunia perlu untuk jujur
18:53untuk berlaku adil
18:54dalam hal ini
18:55dan melihat dengan penuh tanggungjawab
18:58penyelesaian yang sustainable
19:00adalah perlu di atas asas
19:02kejujuran dan keadilan
19:04bukan kepentingan mana-mana pihak
19:06Prof, kalau kita melakukan
19:08kalau jalan keluarnya
19:10ialah rundingan
19:11siapa yang menjadi mediatornya
19:13dalam hal ini
19:14kerana kita perlu memahami
19:15proksi masing-masing
19:17di rantau Asia Barat itu
19:18akan adakah negara
19:19di rantau Asia Barat itu
19:21yang mampu
19:22untuk menjadi pendamai
19:23dalam hal ini
19:24atau itu sesuatu yang
19:26agak idealistik
19:27ataupun kita perlu skeptikal
19:28dengan hal itu
19:29dalam hal ini Zul
19:32jujurnya
19:33ia memang
19:34bukan mudah
19:35ia adalah jalan sukar
19:37termasuk untuk
19:38membuka ruang
19:39perundingan
19:40namun begitu
19:41sebagai pihak yang terlibat
19:43secara langsung
19:44kelihatan
19:45Iran pun
19:46tidaklah
19:47menutup pintu
19:49sepenuhnya
19:50sebaliknya
19:51sebagai sebuah negara
19:52yang berdaulat
19:53mereka of course
19:55mereka akan cuba
19:56untuk mempertahankan
19:57hak-hak mereka
19:58membela rakyat mereka
20:00membela warga mereka
20:01yang dibunuh
20:02dengan kejam
20:03dan bear in mind
20:04bahawa
20:05setakat ini
20:06casualties
20:06daripada kalangan
20:08warga Iran
20:09adalah jauh
20:10berkali ganda
20:11berbanding dengan
20:12nyawa
20:13ataupun mereka
20:14yang terkorban
20:15di pihak Israel
20:16jadi
20:17dalam konteks ini
20:19kesediaan Iran
20:20untuk still
20:22membuka ruang
20:23sama ada kecil
20:24ataupun sederhana
20:25ruang untuk
20:26perundingan
20:27itu masih ada
20:28dan di sana
20:29saya melihat
20:30banyak pihak
20:32boleh untuk
20:33contohnya
20:34mereka yang
20:35menyatakan
20:36kecaman
20:37terbuka
20:38atas tindakan-tindakan
20:39terhadap Israel
20:40seumpama Rusia
20:41seumpama China
20:43begitu juga
20:44daripada kalangan
20:45negara-negara
20:47yang bersama
20:48dengan Iran
20:49seumpama Pakistan
20:51di pihak ini
20:52mereka boleh
20:53untuk membuka
20:54orang sebab
20:55mereka sekurang-kurangnya
20:56memberikan suatu
20:57isyarat
20:58bagaimana mereka
20:59tak nak
21:00terlibat dengan
21:01peperangan yang
21:02lebih besar
21:03tetapi
21:03kalau terpaksa
21:05kalau katakan
21:06US
21:08UK
21:09Perancis
21:09contohnya
21:10cuba untuk terlibat
21:11membantu Israel
21:12membantai Iran
21:14pula
21:14maka pada kedudukan itu
21:16mereka akan review
21:17kedudukan mereka
21:18masih-masih
21:19di pihak ini
21:19boleh untuk
21:20menjadi mediator
21:21dan
21:21kalau sebelum ini
21:22kita menyaksikan
21:23bagaimana Iran
21:24sendiri
21:24boleh untuk
21:25negotiate
21:26dengan US
21:27of course
21:28jalannya panjang
21:29tidak mudah
21:30tetapi
21:31mereka tidak pernah
21:32menutup pintu
21:33jadi
21:34saya kira
21:35masih ada ruang
21:36untuk
21:37negosiasi
21:38cuma sekali lagi
21:39ia perlu
21:40di atas dasar
21:41kejujuran
21:41dan keadilan
21:42insyaAllah
21:43tapi Prof optimis
21:44bahawa tidak akan
21:45dicampur tangan
21:46secara besar-besaran
21:47oleh pihak asing
21:48selain daripada
21:48dua negara
21:49Iran dan juga
21:50Israel ini
21:51menjelang minggu depan
21:52itu
21:53itu yang Prof Ramak
21:54masa ini
21:55saya optimis
21:56melihat itu
21:57dan
21:57of course
21:58sebagai pencinta keamanan
21:59saya mengharapkan
22:00akan ada penyelesaian
22:02dalam masa yang terdekat
22:04tetapi
22:05jujurnya
22:06kalau memang
22:07apa yang dilakukan
22:08oleh Israel
22:09itu perlu untuk
22:10diambil
22:10tindakan
22:11bagaimana yang
22:12Iran respon
22:13itu juga adalah
22:15wajah
22:16keadilan
22:17bila di
22:19pihak
22:21Iran
22:22diserang bertubi-tubi
22:23dengan massive
22:24attack
22:24takkan mereka
22:25nak sit back
22:26and relax
22:26pastinya
22:28mereka perlu
22:29tampil
22:30bagi mempertahankan
22:31kedaulatan mereka
22:32dan mudah-mudahan
22:34kita wajar
22:35untuk sentiasa berdoa
22:36mudah-mudahan
22:37ada penyelesaian
22:39yang terbaik
22:39dalam
22:40pertembungan
22:41yang berlaku
22:42termasuk mungkin
22:43membawa kepada
22:45menjatuhkan hukuman
22:47atas tindakan-tindakan
22:48dan kekejaman
22:49yang dilakukan oleh
22:50rejim haram Israel
22:51begitu
22:51dan dalam masa yang sama
22:53kita tidak dapat menafikan
22:54tumpuan juga perlu
22:55diberikan kepada
22:55kebuluran
22:57penyiksaan
22:58dan juga kezaliman
22:58yang dilakukan
22:59ke atas bumi Gaza
23:00terima kasih
23:00Prof. Mada Dr. Aminur Rashid
23:03Yatiban
23:04pengarah Institut
23:05Kecemerlangan
23:05Pengajian Baitan Luar Kris
23:06UUM
23:07kena bersama kami
23:08dalam fokus minggu depan
23:09sudah pasti ini
23:09perkara yang perlu
23:11dilihat dengan secara
23:12lebih serius
23:12kerana kita bukan
23:13sahaja melihat kepada
23:14perang dan juga konflik
23:15antara dua negara itu
23:16tapi bagaimana kita
23:17melihat kepada
23:17usaha evakuasi
23:18rakyat Malaysia
23:19dari Iran khususnya juga
23:21dan sekian saja
23:21fokus minggu depan
23:22untuk hari ini
23:23Assalamualaikum
23:23Assalamualaikum
23:23Assalamualaikum
23:23Assalamualaikum
23:24Sampai jumpa lagi
23:24Assalamualaikum
23:25Assalamualaikum
Comments