00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
00:30Pada pagi ini saya bersama pengamal-pengamal media yang lain telah pun berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak pagi tadi untuk mengetahui keputusan bagi kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta.
00:47Dan pada pagi ini keputusannya Mahkamah Tinggi hari ini telah memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan ataupun lebih dikenali sebagai DNAA bekas Perdana Menteri itu Datuk Seri Najib Razak
01:01daripada tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta atas wang dana SRC International Selirian Berhad.
01:12Dan Hakim K. Munyandi memutuskan keputusan tersebut selepas meneliti dan membenarkan permohonan pihak pembelaan iaitu Najib 72 tahun supaya bekas ahli Parlimen Pekan itu dilepas tanpa dibebaskan.
01:27Dan proseding hari ini dikendalikan oleh Peguam Bela Tan Sri Muhammad Syafiq Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraf Adrin Kamarul.
01:37Dan pada minggu lalu pihak pembelaan iaitu pengguamnya memohon untuk anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan ataupun lebih dikenali sebagai DNAA atas alasan tuduhan anak guamnya telah pun mengambil masa selama enam tahun.
01:58Dan katanya dokumen untuk SRC yang pertama telah pun tersebar di pelbagai mahkamah termasuk mahkamah persekutuan dan proseding sivil.
02:10Dan sedikit apa yang dapat saya kongsikan, pada 3 Februari 2019 Najib telah didakwa atas tiga penduduhan iaitu menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun banknya.
02:23Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4 Kurungan 1A Kurungan Akta Pencegahan Pergubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda lima juta ringgit atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
02:41Dan Najib kini masih lagi menjalani hukuman di penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyelewing dana RM42 juta ringgit milik SRC International.
02:56Dan itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini dan saya akan terus laporkan laporan dari semasa ke semasa di astroawani.com.
03:03Terima kasih.
Comments