Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) memainkan peranan utama untuk menyelaraskan program pembangunan usahawan, termasuk perluasan pasaran dan perkhidmatan ke luar negara.
Transcript
00:00Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau STEP adalah sebuah agensi yang berfungsi sebagai penyelaras perancang pelaksana serta pemantau data program dilaksanakan pelbagai kementerian, pihak berkuasa, Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan di Perak.
00:15Eksko Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamad berkata sejak ditubuhkan pada 2020, STEP telah memainkan peranan utama untuk menyelaraskan program pembangunan usahawan termasuk peluasan pasaran dan permatan keluar negara.
00:34Salbiah bagaimanapun mengakui, STEP tidak mampu bergerak tanpa bantuan serta sokongan daripada agensi-agensi dan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO serta sektor swasta seperti Eksko.
00:47Sehubungan itu katanya, STEP telah berkolaborasi bersama Eksko Awani dalam menjayakan program Jiwa SME di Perak fokus pada membangunkan usahawan dari segi digital.
00:56Jadi, dah tentulah saya kira program seumpama ini dengan ekskronya yang mempunyai nama yang besar dan kita membawa usahawan-usahawan untuk diangkat dalam bentuk digital marketing, memberi ruang kepada usahawan untuk melebarkan sayap mereka, memasarkan produk mereka melalui digital marketing ke peringkat yang lebih, level yang lebih tinggi lah.
01:21Kalau dulu mungkin hanya orang Perak sahaja yang kenal produk-produk Perak tetapi melalui program Jiwa SME ini memberi ruang kepada produk-produk Perak untuk dikenali di peringkat Malaysia lah, negeri-negeri lain, tempat-tempat lain.
01:40Sambil merakamkan terima kasih kepada Eksko Awan, Salbiah berkata kolaborasi yang terjalin sejak 2023 itu telah memberikan impak yang cukup besar kepada usahawan di negeri Perak.
01:50Kita melihat program Jiwa SME ini benar-benar memberi impak yang baik kepada usahawan PMKS di negeri Perak.
01:58Dalam program Jiwa SME ini, dia pelbagai pengisian. Ada pameran, ada forum-forum dan juga perkongsian-perkongsian.
02:09Jadi pelibatan usahawan di Perak dalam program Jiwa SME ini saya kira sama ada secara langsung ataupun tidak langsung agak memerangsangkan dan cukup ramai.
02:21Beliau yakin program Jiwa SME di Perak yang akan diadakan di Aeon Kinta City, Ipoh pada 28 dan 29 Jun ini akan menarik pengetahuan lebih ramai usahawan Perak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah diatur.
02:35Salbiah juga yakin dan menjangkakan peranan dan tanggungjawab setiap akan lebih besar dari semasa ke semasa,
02:40terutamanya fokus pada usaha untuk memperluaskan pasaran dan produk usahawan Perak sehingga ke peringkat dunia.
Comments

Recommended