Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa syukur tidak pernah melalui hubungan cinta yang tidak sihat atau ‘toxic relationship’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebab saya memang takut dengan lelaki baran, jadi kalau saya tengok dia macam garam, macam baran, saya tidak akan teruskanlah friendship tu, bukan apa.
00:13Okay, baiklah, kempat bersama dengan Mira Osmar. Apa khabar, Mira?
00:17Alhamdulillah, sehat.
00:18Okay, kita nak tanya juga lah kan, tahun 2025 ni busy dengan apa. Kalau tengok dekat social media, orang kata menjual dekat TikTok lah, macam TVT.
00:25So, apa mungkin Mira boleh kongsikan?
00:27Selagi boleh jual, kita jual semua benda. Jadi, kita busy lah beberapa perkara bisnes, sedikit endorsement, sedikit syuting, lagu kan. Jadi, apa yang kita boleh cuba, kita cubalah.
00:39Kalau bercakap mengenai lagu, kita tahu hari itu ada keluar sebab single kan. So, mungkin adalah untuk orang kata nyanyian lah, bidang nyanyian. Apa mungkin perancangan untuk tahun 2025 ni?
00:47Untuk bidang nyanyian ni sebenarnya yang dah lama saya impikan adalah satu showcase lah. Jadi, 2025 ni saya looking forward lah. InsyaAllah, saya sedang, orang kata cuba-cuba nak lakukan showcase.
01:00Mungkin skala kecil dahulu. Selain daripada, ialah, keluarkan lagu dan sebagainya kan. Sebab saya tak naklah orang lupa saya sebagai penyanyi. Jadi, that's why dalam masa yang sama, busy-busy lain tu pun, saya tetapkan keluarkan lagu-lagu dan juga insyaAllah showcase skala kecil lah untuk anda semua.
01:14Cakap mengenai showcase berskala kecil ni. Maksudnya, sekarang memang tengah dalam, orang kata tengah dalam planning ke? Ataupun macam mana tu?
01:21Masih lagi dalam planning. Saya sebenarnya dah lama nak buat. Tapi, saya tak confident. Tapi, kali ini saya ingin, orang kata, cuba jugalah kan. Sesuatu yang telah lama saya impikan. Mudah-mudahan ada rezeki.
01:32Tapi, apapun, saya pun tak nak kongsi lebih-lebih sebab belum jadi pun. Tapi, itulah yang saya sedang lihat lah. Sedang plan sikit-sikit kan. Apa yang boleh nak tengok waktu yang sesuai. So, insyaAllah lah.
01:43Kita difahamkan, Amirah menyanyikan lagu OST untuk drama Dia Bukan Syurga kan. Kalau kita tahu, cerita tu juga menceritakan mengenai lelaki toksik kan.
01:50Macam Amirah sendiri, kalau mungkin boleh kongsikan lah. Pernah tak mengalami situasi yang sebegitu?
01:54Saya, Alhamdulillah, tidak pernah. Sebab saya memang takut dengan lelaki baran. Jadi, kalau saya tengok dia macam garang, macam baran, saya tidak akan teruskanlah friendship tu.
02:04Bukan apa, sebab saya tidak mahu ianya memudaratkan mental dan juga emosi saya. Sekadar hai-hai, bye-bye, okay.
02:12Untuk lebih-lebihan, saya pilih untuk distant lah. Sebab saya risau benda-benda itu memudaratkan saya di masa akan datang lah.
02:19Orang-orang terdekat ada tak? Mungkin sendiri pernah Amirah dengar mengenai hubungan?
02:24Saya pernah dengar dalam orang kata kawan-kawan kan. Tapi, dia telah pun selamat. Tapi, bila kita dengar tu, kita doa lah kan.
02:31Mudah-mudahan tidak terjadi dalam hidup kita. Sebab saya rasa wanita ini memang untuk disayangi kan.
02:36Bukan untuk dipukul, didera dan sebagainya. Harap-harap kita semua dijauhilah dari orang-orang seperti ini.
02:42Sebab ianya hanya akan merosakkan diri kita, emosi kita, mental kita kan. Jadi, untuk wanita di luar sana, hargailah diri anda.
02:49Kalau terlibat dengan perkara-perkara seperti ini, cari jalan keluar. Kalau susah sangat, DM saya. Saya risau lah.
02:55Saya memang, personally, saya sangat risau. InsyaAllah, apa yang kita boleh cuba bantu, kita bantu.
02:59Sebab kita tak nak perempuan terlibat dengan perkara-perkara seperti inilah.
03:01Okay lah, kita nak sentuh sikit lah. Orang kata, personal sikit lah eh. Kalau kita tengok dekat social media, hari-hari ramai orang kata,
03:08oh bila agak-agaknya ramai yang berdoakan. Dan ada orang kata, dah dalam masa-masa terdekat.
03:13So, kita nak tanya Tuan Bahadhan lah macam mana agak-agaknya. Adakah betul dah nak dekat dah tarik istimewa tu?
03:18Adalah. Kalau dah nak dekat, mesti saya kongsikan. Tapi, kadang-kadang kita dengar macam-macam spekulasi kan.
03:24Hari tu ada orang teka bulan lima. Tapi, bulan lima tu saya pun ada show kat Johor.
03:29Saya rasa tidak ada apa-apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini.
03:33Semua itu hanyalah spekulasi dan usikan daripada peminat kan. Jadi, itu sajalah.
03:38Tapi, kalau mungkin boleh share sedikit lah kalau kita tengok sebab ada baru-baru ni pun.
03:41Mak Abang Long, bila kata macam ada besan dekat Johor tu, muka Abang Long dah berubah dah.
03:48So, macam Kak Long sini, apa responnya?
03:50Saya tertengok juga video tu kan. Tapi, saya tak pasti kenapa Fatah nampak nervous kat situ.
03:55Tapi, saya rasa itu hanyalah. Itu adalah spontan kot kan daripada Fatah.
04:00Saya pun tak pasti apa yang Fatah terfikir ketika itu.
04:04Rasanya ibu Fatah pun dah jawab kan. Besan tu maksudnya anak dia yang lagi sorang.
04:08So, tak ada apa-apalah. Cuma saya rasa kelakarlah tengok apa.
04:12Peminat-peminat, komen dan sebagainya kan. Itu semua mungkin gurauan keluarga mereka lah.
04:16Dan ada juga video yang orang kata viral dekat TikTok kan.
04:19Kata macam Fatah tanya kepada adik, macam minat Kak Long tak? Kak Long macam mana?
04:23Adik-beradik kata macam, oh suka kan?
04:25So, macam ada yang berkata, cuba tanya Abang Long.
04:28Minat tak dekat Kak Long?
04:29So, mungkin Mirah boleh kongsikan lah.
04:30So, orang kata hubungan dengan keluarga Abang Long lah. Macam mana?
04:33Saya memang orang yang...
04:36Gila, kalau macam Abang Long kita dah bekerja kan.
04:39Jadi, kita pun dah jumpa keluarga.
04:41Saya rasa lumrah lah untuk semua orang berbaik kepada keluarga Abang Long.
04:45Sebab kita tahu keluarga dia pun daripada keluarga yang baik-baik.
04:48Cuma usikan, usikan itu hanyalah satu je lah.
04:50Orang suka usikan-usikan seperti itu mungkin engagementnya kan.
04:54Jadi, mungkin tidak ada apa-apalah.
04:56Hanya sekadar perkongsian yang orang kata nak buatkan anda semua happy kan.
05:01Tapi, apa yang saya boleh cakap memang keluarga Fatah pun memang keluarga yang baik-baik lah.
05:05Kalau kita tengok dekat social media juga ramai yang mendoakan kan.
05:09Semoga Fatah dan juga Amir Osman berjodohan kan.
05:12Ramai. Hari-hari orang mendoakan perkara yang sama.
05:15So, respon Tuan Badan sendiri apabila ada doa-doa seperti itu.
05:18Dan ramai juga yang kata macam tak sabar nak menantikan hari bahagia.
05:22Yang paling penting sekali, manager Fatah pun ada kata doa yang baik-baik.
05:25So, apa Tuan Badan boleh? Mungkin boleh kongsikan.
05:27Doa yang baik-baik lah.
05:29Saya pun tak berani nak kongsi lebih-lebih.
05:31Tapi, doa yang baik-baik kita aminkan kan.
05:34Saya pun tidak tahu bagaimana takdir esok lusa dan sebagainya.
05:37Yang baik-baik kita aminkan.
05:39Mudah-mudahan ianya yang baik-baik untuk anda semua.
05:42Saya, Balong, manager Balong dan kita semualah.
05:45Tapi, adakah peminat mungkin akan mendengar berita yang baik pada tahun ini?
05:49Semua berita insyaAllah yang baik-baik kan.
05:52Jadi, saya harap anda semua sentiasa mendengar berita yang baik-baik lah kan.
05:56Sebab, yelah kita anak seni macam-macam cerita kan.
05:59Jadi, jawapan selamat.
06:00Saya harap anda semua dengar berita yang baik-baik je.
06:02Okay.
06:04Baiklah, itu dia guys.
06:05Amirah Asuman.
Comments

Recommended