Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak bertujuan memberikan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Permohonan Perdana Menteri Datuk Seriano Ibrahim untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak bertujuan memberikan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu.
00:10Jabatan Peguam Negara AGC berkata permohonan itu dibuat mengikut Perkara 128-2 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 membabitkan isu baharu dan belum pernah diputuskan khususnya berkaitan litigasi sivil serta keupayaan seorang Perdana Menteri menjalankan fungsi eksekutifnya secara berkesan.
00:33AGC dalam kenyataan pada Sabtu berkata, 8 persoalan yang dirujuk itu bersifat struktur, menyentuh aspek tabiurus perlembagaan dan bukan berkaitan kekebalan peribadi.
00:45Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada tindakan sivil berhubung perbuatan sebelum memegang jawatan boleh diteruskan sekiranya ia menjejaskan keupayaan Perdana Menteri untuk mentakbir.
00:56AGC berkata sebarang keputusan berkaitan tafsiran peruntukan perlembagaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
01:05Tambahnya pihaknya akan menilai sebarang permintaan campur tangan berdasarkan merit undang-undang dan kepentingan awam bukan berasaskan sentimen politik.
01:14Pada selasa lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk merujuk 8 persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil difailkan bekas penyelidiknya Muhammad Yusuf Rota 4 tahun lalu.
01:29Beliau turut memohon Mahkamah mempertimbangkan sama ada saman itu menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas sebagai Ketua Eksekutif Negara selain melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang dijamin perlembagaan.