Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Dzulhilmi menasihati akmal supaya melihat gambaran dan konteks yang lebih besar mengenai peranan dipegang Tengku Zafrul.
Transcript
00:00Seterusnya, pelantikan Menteri adalah hak dan kuasa mutlak Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
00:06Demikian tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan, Zulhilmi Zainul.
00:11Ia susulan gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh, supaya Tengku Zafrul melucutkan kedudukan sebagai Menteri Pelaburan, Pertagangan dan Industri MITI dalam Kabinet.
00:22Tengku Zafrul pada Jumat mengumumkan peletakan jawatan selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerusi kenyataan dalam media sosial.
00:30Tambah Zulhilmi, kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI adalah sah dan tidak wajar dipertikai, malah tidak timbul langsung keperluan untuk beliau mengosongkan kerusi menteri.
00:40Dalam peritu, Zulhilmi menasihati Dr. Muhammad Akmal supaya melihat gambaran dan konteks yang lebih besar mengenai peranan dipegang Tengku Zafrul.
00:48Antaranya menjadi tokoh efektif di meja rundingan bagi mendepani senario ketidakstabilan dagangan global dengan cekap.

Recommended