Generasi muda harus menghormati dan menerima kepelbagaian - Aaron
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pista Keamatan dan Hari Gawai bukan sahaja perayaan warisan yang kaya dengan nilai adat resam dan budaya, malah ia melambangkan semangat kesyukuran, muafakat dan perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.
00:13Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang berkata kepelbagaian budaya, bahasa dan warisan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia adalah satu anugerah serta kekuatan yang tidak ternilai sekaligus menjadikan Malaysia unik di mata dunia dan perlu terus dipelihara, dihormati dan diraihkan oleh semua lapisan masyarakat.
00:33Jelas Aaron, generasi muda harus dididik untuk memahami, muafmati dan menerima kepelbagaian sebagai satu landasan karmonian dan kekuatan nasional.
00:45Katanya semangat segulai sejalai yang bermaksud seiring sejalan harus menjadi nilai hidup yang ditanam dalam hati setiap warga negara, terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi masa depan negara.
00:57Dalam dunia yang semakin modern dan mencabai ini, generasi muda memainkan peran penting untuk mewarisi dan mengekalkan adat resam serta amalan budaya nenek moyang.
01:08Beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia menyambut pesta keamatan dan hari gawai dengan jiwa Malaysia Madani, memupuk rasa hormat dalam kepelbagaian, memelihara kazanah budaya warisan serta memperteguh silaturahim sebagai asas kekuatan negara bangsa yang bersatu.