Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selamat menikmati.
00:30Ia melalui pemerkasan pelaburan hijau dan juga kerjasama rentas sepadan dalam grid tenaga serantau, pasaran karbon dan insentif tenaga bersih.
00:41Katanya strategi pelaburan hijau Malaysia menjana hampir seribu projek yang diluluskan pada 2024 dengan RM20.8 bilion disalurkan dalam ekonomi dan mewujudkan ribuan pekerjaan relevan pada masa depan.
00:55Strategi ASEAN mencapai karbon neutral dengan inisiatif seperti menyelaraskan pasaran karbon dan piawayan pengukuran, memacu teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon CCS-CCUS serta mewujudkan rangka kerja peralihan yang adil untuk pekerja dan komuniti.
01:13Ini ujarnya memudah cara sektor korporat untuk beralih ke arah pertumbuhan mampan dan mesra iklim.
01:20Selain itu, grid tenaga ASEAN APG menjadi projek utama dalam peralihan tenaga lestari ASEAN dengan 18 projek tenaga rentas sempadan dalam perancangan dan lebih 60 tapak tenaga boleh baru dikenal pasti.
01:33Menurut kajian, beliau berkata APG berpotensi menyumbang sehingga $3 triliun kepada nilai keluaran dalam negara kasar KDNK menjelang 2050 dan mewujudkan 1.45 juta pekerjaan di seluruh rantau.
01:48Kejayaan APG akan bergantung kepada pembiayaan strategik daripada bank-bank seperti Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia, memastikan kepusatan ASEAN dan otonomi serantau.
02:04Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN-ASEAN BAC dalam proses menubuhkan persatuan pasaran perseduan ASEAN yang dijangka dimutamatkan akhir tahun ini.
02:13Pekurusi ASEAN-ASEAN Malaysia, Tan Sri Nazir Razak berkata, sebuah jawatankuasa protem terdiri daripada ahli daripada Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia sedang berusaha ke arah penubuhan secara rasmi persatuan itu.
02:29Menurut Nazir, ia untuk mewujudkan satu platform yang menasihati kerajaan dalam memperkukuh dasar bagi membangunkan industri pasaran persendirian termasuk modal teroka dan ekuiti persendirian di ASEAN.
02:41Beliau berkata persatuan itu boleh membantu mengatasi isu perbezaan dalam pasaran dan memacu pembangunan industri di rantau ini.
02:51Tambahnya pihaknya menganggarkan modal sehingga $60 bilion perlu disalurkan kepada ekuiti persendirian ASEAN dan dana teroka.
02:59Bagaimanapun, pembaharuan tertentu diperlukan bagi mengurangkan perbezaan dalam pasaran dan menambah baik keadaan pengewengan perlaburan.
03:07Jelasnya lagi majlis itu telah menjalankan satu laporan kajian bersama McKinsey yang menunjukkan pasaran persendirian ASEAN belum berkembang sepenuhnya.
03:17Ia dianggarkan berkembang kira-kira 0.5% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK berbanding purata penanda aras global sebanyak 1.5% daripada KDNK.
03:31Justru laporan itu menunjukkan industri pasaran persendirian amat penting kepada ekonomi tetapi masih terlalu kecil di ASEAN.
03:38Nazir berkata ASEAN berada pada detik yang penting dan berharap rantau ini dapat bergerak ke hadapan dengan integrasi ekonomi.
03:47Kerajaan menunjukkan komitmen jelas melalui pelaksanaan plan reformasi struktur yang bertujuan meningkatkan kecekapan institusi dalaman dan memperkemaskan takbir urus ekonomi.
04:01Pekanisisi ekonomi Prof. Emeritus Dato' Dr. Zakaria Abdul Rashid berpandangan pembaharuan ini juga adalah batu asas dalam menjaga keperanian Malaysia sebagai penderaju dalam membina masa depan ASEAN yang lebih mampan.
04:13Apa yang dijadikan oleh keyakinan pengguna kita pun sudah jelas menunjukkan bahawa kita sudah komit, kita telah beriktizam untuk mengadakan struktur reform kita.
04:27Kerana struktur reform, plan struktur reform kita ini adalah sebenarnya untuk meningkatkan kecekapan ekonomi dalaman kita dan kemudian di dalam peringkat ASEAN pula, kita dah ada ASEAN ekonomi komuniti yang itu nak menjadikan sebuah rantau ASEAN ini sebagai rantau yang
04:43yang satu rantau yang kukuh untuk kita bersama member kepada ASEAN yang boleh bekerjasama.
04:53Jadi saya fikir framework dia dah ada, cuma terpulang kepada kita, tepuk dah ada tanya selera untuk kita mengorak langkah untuk melakukan pembaharuan struktur.
05:08Tambahnya, ASEAN telah membentuk kerangka melalui penubuhan ASEAN ekonomi komuniti AEC dengan matlamat menjadikan rantau ini satu pasaran dan pengkalan pengeluaran tunggal, daya saing ekonomi tinggi dan pembangunan ekonomi yang simbang.
05:22Bagaimanapun, keberhasilan AEC bergantung pada komitmen dan tindakan kolektif setiap negara anggota.
05:30Ujarnya, Malaysia perlu menjadi contoh dalam merealisasikan impian ini bukan sekadar menandatangani dokument atau mengadakan sidang kemuncak,
05:39tetapi melaksanakan pembaharuan sebenar yang memberi impak kepada rakyat, pelabur dan rakan serantau.
05:44Malaysia dijangka memainkan peranan utama dalam meningkatkan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia susulan hasil sidang kemuncak asan ke-46 pada 26 dan 27 Mei lalu di Ibu Negara.
05:57Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB K. Hian Wealth Advisors, Mohd Siddiq Jantan berkata, pelabur dijangka lebih yakin dengan hala tujuh ekonomi rantau ini,
06:08memandangkan lebih 500 langkah strategik telah digariskan untuk mendokong pelaksanaan deklarasi tersebut.
06:14Deklarasi ASEAN 2045 kerjasama dagangan dengan Majlis Kerjasama Teluk GCC dan China serta unjuran pelaburan langsung asing bernilai RM300 bilion menjelang 2030
06:27bahkan membuka peluang peluasan pasaran sekaligus melonjakkan sektor teknologi, tenaga, hartanah, infrastruktur dan kewangan.
06:36Kita lihat ianya mampu mencecah sebanyak jumlah dagangan RM130.7 bilion USD
06:43dan pelaburan GCC ke ASEAN sebanyak RM390.2 juta USD serta China yang semua orang tahu kesemua, bukan satu sahaja, kesemua negara di ASEAN
06:55mempunyai eksport ataupun mempunyai perdagangan ataupun eksposure, track exposure dengan China antara yang terbesar.
07:07Dan jika kita kumpulkan keseluruhan track exposure China-ASEAN ianya sebanyak lebih kurang 696.7 bilion USD.
07:16Dan Malaysia salah satu negara yang mempunyai kedudukan yang strategik, dia mempunyai peluang untuk menjadi hub perdagangan serantau dan juga ekonomi yang lebih kukuh.
07:28Tambah beliau, sebagai pengurusi ASEAN, Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu agenda pelaburan serantau.
07:34Kepimpinan negara dalam aspek pembangunan ekosistem syarikat pemula, start-up, standard halal serantau serta keterhubungan digital
07:42menjadikan Malaysia tarikan utama kepada pelabur antarabangsa yang ingin menembusi pasaran ASEAN.
07:48Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Khamis.
07:51Satu J Malaysia selaku pengurusi sidang kemuncah ASEAN ke-46 membawa majlis kerjasama teluk GCC dan China
08:01untuk memperkukuhkan kerjasama serantau mendapat pujian daripada orang ramai.
08:07Ikuti butiran wawancara oleh Seth Akmal, selaku wartawan ekosistem awani menembusi orang ramai pasal mesyuarat sejarah itu.
08:14Malaysia menjadi pengurusi pada sidang kemuncah ASEAN ke-46 pada 27 Mei lepas.
08:19di tengah-tengah kemelut perang dagang antara China dan Amerika Syarikat
08:23dan juga kemelut tarif timbal balas yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
08:28Jadi, Esra Awani berada di tengah ibu kota, mewawancara warganya untuk mendapatkan sediap pandangan mereka.
08:34Bagaimana mereka melihat Malaysia selaku pengurusi ASEAN pada tahun ini?
08:39Satu langkah yang baik adalah mengheret bersama kuasa besar yang lain, China dan juga GAF, negara teluk
08:48untuk bersama di dalam perkongsian tiga hala ini, saya rasa bahawa itu boleh mengimbangi daya saing Malaysia.
08:55Maksudnya, kebergantungan kita kepada US itu tidak semata-mata sahaja, tetapi ada pilihan lain dan option lain yang sentiasa memberikan ruang rundingan itu akan lebih terbuka.
09:08Kita tengok itu adalah satu platform yang baik dan juga bagus untuk negara kita sebab kita berpeluang untuk bertukar pandangan
09:16serta mendapatkan apa juga pandangan daripada negara dua, apa yang kita boleh berbaiki dan juga kita memajukan ekonomi kita sendirilah.
09:23Walaupun kita nampak banyak dia punya dari sikit aspek dan juga bidang-bidang, tetapi kita mampu lagi, kita menambah baik ekonomi yang ada di sekarang
09:33untuk kesejahteraan rakyat sendiri dan juga untuk memajukan negara dalam bintang ekonomi dan juga pembangunan dan juga apa pendapatan negara yang kita boleh dapat daripada situ.
09:43Kalau saya boleh sebut sedikit perspektif saya sebagai peniaga kecil, memang ada disebut di dalam perbincangan itu adalah untuk memudah cara ataupun membantu peniaga-peniaga kecil, mikro, sederhana
09:56dan saya harap benda itu memang akan menjadi realiti lah sebab dia akan membantu industri ekonomi kecil ini untuk membangun.
10:05Adanya kehadiran ketua-ketua negara ASEAN, 9 negara, keseluruhan 10 termasuk Malaysia, pastinya setiap negara membawa tim media dia sendiri dan bila mereka pulang ke negara-negara masing-masing
10:16pastinya berita yang apa yang istimewa, apa yang ada di Malaysia dikongsikan oleh halayak di ASEAN itu sendiri.
10:23Jadi ini merupakan satu penganjuran yang baik di mana kita saya tak rasa orang dapat memperkenalkan kembali Malaysia kepada seluruh dunia.
10:30Dari segi ekonomi dia jangan membantu kerana dia telah menambah baik daripada ekonomi yang biasa ataupun tradisional, dia telah menambah baik daripada segi bagaimana kita memasarkan, bagaimana dia menambah baik dari segi inovasi sendiri sendiri, perniagaan.
10:45Dia jangan memberi peluang kepada industri tempatan untuk berkembang maju kepada dia ataupun keluar negara.
10:51Sepuluh pemimpin negara sudah berbincang, kini deklarasi Kuala Lumpur yang telah dimeterai terletak di tangan pelaksana bagaimana ia menuju ke arah visi ASEAN 2045.
11:02Kita sama-sama nantikan bagaimanakah strategi dan pelaksana ini dilaksanakan agar dasar ini dapat manfaatkan warga ASEAN dan seluruh rantau ini.
11:11Sekurang-kurangnya 70,000 pekerja di Indonesia dilaporkan kehilangan pekerjaan antara Januari hingga April 2025.
11:23Menurut Parti Buruh dan Gabungan Kesatuan Sekerja, angka ini hampir menyamai peningkatan kadar pengangguran sebanyak 80,000 orang antara Februari 2024 hingga Februari 2025.
11:36Memetik Jakarta Globe, jumlah tersebut jauh melebihi data rasmi kerajaan yang merekodkan 24,000 pemberhentian kerja setakat Mei 2025.
11:49Menteri Sumber Manusia Yersirli memberitahu Ahli Parlimen awal bulan ini bahawa jumlah itu mewakili hampir satu per tiga daripada keseluruhan pemberhentian kerja yang direkodkan sepanjang 2024.
12:02Menurut Presiden Parti Buruh Said Iqbal, sekurang-kurangnya 80 syarikat melaksanakan pemberhentian kerja sejak Januari lalu.
12:11Tamahnya sekitar 60,000 pekerja diberhentikan antara Januari hingga Mac.
12:16Menjelang April pula, jumlah itu meningkat kepada 70,000 sekaligus meningkatkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan pekerja.
12:23Sementara itu, data daripada Badan Pusat Statistik menunjukkan kadar pengangguran negara menurun kepada 4.76% pada Februari 2025 berbanding 4.82% tahun sebelumnya.
12:39Data tambahan daripada Pesatuan Pengusaha Indonesia dan Agensi Insurans Pekerjaan Negara menunjukkan sekitar 73,000 orang mengeluarkan manfaat pesaraan yang hanya dibenarkan selepas diberhentikan kerja atau besara.
12:54BPJS turut melaporkan 52,000 individu menuntut manfaat insurans kehilangan pekerjaan dalam tempoh sama.
13:02Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. dijangka akan mengumumkan rombakan dalam Kabinet Pentadbirannya pada Khamis.
13:13Menurut Reuters, pejabat Presiden dilaporkan berkata, langkah dibuat susulan permintaan Marcos sebelum ini agar semua situsnya jabatan menyerahkan surat peletakan jawatan secara sukarela.
13:26Ia dilaporkan sebagai usaha menyegarkan semula pentadbirannya.
13:29Menurut Marcos, permintaan peletakan jawatan ini adalah perlu bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan kerajaan.
13:35Rombakan juga dibuat selepas prestasi mengecewakan kerajaan dalam pilih hari pertengahan penggal pada 12 Mei lalu.
13:42Setusnya eksekutif Jabat Komunikasi Presiden pula di jadual mengadekasi dan mida berhubung perkara ini.
13:47Petakbira Marcos minggu lalu memaklumkan bahawa seluruh pasukan ekonomi akan dikekalkan termasuk setusnya bagi bajet, kewangan, perancangan ekonomi dan perdagangan.
13:56Bagaimanapun, setusnya hal ehwal luar negeri akan digantikan timbalannya.
14:00Selain itu, Peguam Negara Menardu Guavera memberitahu media pada Khamis bahawa beliau akan digantikan oleh dekat Fakulti Undang-Undang Universiti Filipina.

Recommended