00:01Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah mengkritik Rafizi Ramli
00:05kerana membayangkan beliau mungkin sekali lagi disekat memasuki negeri itu sekiranya kalah pemilihan jawatan timbalan Presiden PKR
00:14dan tidak lagi bergelar menteri.
00:17Pemimpin gabungan parti Sarawak itu menganggap kenyataan Rafizi sebagai tidak manis
00:22dan pihaknya mempunyai hubungan baik dengan Pakatan Harapan dan PKR pada peringkat persekutuan
00:28dan bersama-sama dalam kerajaan perpaduan.
00:32Beliau menegaskan kerajaan Sarawak yang mempunyai otonomi dalam isu imigresin
00:37sentiasa menggunakan haknya untuk melarang kemasukan ke negeri itu secara bertanggungjawab.
00:44Katanya hanya individu yang berniat jahat khususnya untuk menyemai perpecahan melalui perselisian bangsa dan agama
00:52akan dilarang memasuki Sarawak.
00:54Tambahnya jika Rafizi bukan lagi menteri dan menjaga perlakuan apabila berada di Sarawak
01:01sudah pasti mereka tidak akan menghalangnya.
01:05Dari 2013 hingga 2018, kerajaan Sarawak melarang Rafizi dan pemimpin PH lain
01:11memasuki negeri itu dan ia kemudian disemak semula selepas PH membentuk kerajaan persekutuan pada 2018.
01:19Zarao Alam Yen Syahir, FMT
Comments