Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Fuziah Salleh menyeru ahli PKR mencontohi kerja keras dan semangat reformis Anwar Ibrahim dalam memperkukuh dasar MADANI serta memastikan kejayaan kepimpinan beliau di pentas dunia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli Parti Keadilan Rakyat PKR digesa mencontohi kepimpinan dan kejayaan Presiden Parti
00:07merangkap Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang komited bekerja keras sehingga berjaya
00:11mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
00:15Setiusah Agung PKR Dr. Fuzia Saleh menyatakan bahawa Malaysia di bawah pimpinan Anwar
00:20kini mengamalkan takbir urus yang baik serta memberi tumpuan kepada pembangunan negara
00:24secara menyeluruh dan berkesan.
00:26Beliau menjelaskan bahawa Presiden PKR yang dahulunya dikenali sebagai tokoh reformis
00:33kini telah menjadi negarawan dan memegang peranan penting sebagai pengungsi ASEAN
00:37memperkukuh suara Malaysia di pentas dunia.
00:39Fuzia menegaskan bahawa Perdana Menteri telah membawa suara pendamai dan penyatu di peringkat antarabangsa
00:44serta menunjukkan keberanian dalam menyuarakan pandangan negara secara lantang dan berprinsip.
00:49Katanya Presiden Parti juga telah memberikan pedoman serta cabaran kepada semua ahli
00:54dan walaupun beliau lebih berumur, tahap tenaga dan kecukapan beliau sering mengatasi
00:58generasi muda dalam parti.
01:00Beliau menambah bahawa dengan begitu banyak program serta kepantasan kerja Presiden
01:04tidak wajar untuk ahli parti merasa penat atau melambatkan langkah kerana ini seharusnya
01:08menjadi motivasi utama mereka.
01:11Fuzia berkata demikian ketika merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan AMK
01:14dan Kongres Wanita PKR yang turut dihadiri beberapa pemimpin utama termasuk
01:19Datuk Fahmi Fadzil, Datuk Sui Dr. Zaliha Mustafa, Farlina Siddiq dan Adam Adli Abdul Halim.

Recommended