Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baru sejajar dengan penambahan ciri-ciri dan perubahan reka bentuk.
00:08Menurut laporan Zinhua, syarikat itu berkata kenaikan harga ini tiada kaitan dengan tarif Amerika Syarikat terhadap barangan dari China
00:15walaupun kebanyakan peranti Apple masih dipasang di negara tersebut.
00:20Menurut laporan The Wall Street Journal, model iPhone baru yang akan dilancarkan termasuk reka bentuk yang lebih nipis
00:26menggantikan iPhone 16 Plus yang kini dijual pada harga $899 di Amerika Syarikat.
00:33Bank Pelaburan Jefferies menganggarkan bahawa daripada kira-kira 65 juta iPhone yang dijual Apple di Amerika tahun lalu,
00:41sekitar 36 hingga 39 juta adalah model Pro atau Pro Max.
00:46Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook menghadapi tekanan berikutan konflik perdagangan Amerika Syarikat China
00:53yang mengancam rantaian bekalan Apple.
00:55Sebagai tindak balas, beliau meningkatkan inventori pada bulan Mac sebelum pengumuman tarif
01:01dan memindahkan sebahagian pengeluaran untuk pasaran Amerika ke India.
01:05Beliau menyatakan bahawa majoriti iPhone yang dihantar ke Amerika pada suku April hingga Jun akan berasal dari India.
01:13Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha Apple untuk mengurangkan kebergantungan terhadap China
01:18dan mempelbagaikan rantaian bekalannya, terutamanya dalam menghadapi ketegangan geopolitik
01:23dan dasar perdagangan yang berubah-ubah.

Recommended