Skip to playerSkip to main content
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli awal pagi semalam, dan video tular yang mendakwa ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukanlah video gajah yang sama.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, setakat ini ibu gajah tersebut kembali ke hutan dan dipercayai telah menyertai semula kumpulannya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728026/berita/semasa/bangkai-anak-gajah-telah-ditanam-di-lokasi-rahsia

#SinarHarian #BeritaSemasa #Ipoh #BangkaiGajah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perhilitan perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati di Langgal Lori Ayam di Jalan Raya Timur Barat GRT Bigerik Jeli awal pagi semalam.
00:10Pengarah perhilitan perak Yusuf Sharif berkata,
00:14setakat ini ibu gajah tersebut kembali ke hutan dan dipercayai telah menyertai semula kumpulannya.
00:21Sementara itu mengenai dawaan gajah berkenaan kembali ke lokasi berkenaan,
00:25Yusuf berkata ia mungkin bukan haiwan yang sama kerana gajah betina jarang keluar secara solo,
00:32sebaliknya akan keluar secara berkumpulan.
00:35Dalam perik itu Yusuf berkata bangkai anak gajah jantan terbabit telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.
00:42Terdahulu seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia 5 tahun mati di Langgar Kendaraan dalam kejadian di Kilometer 80 GRT Bigerik Jeli awal pagi semalam.
00:53Di sini itu tular selepas video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian,
00:59menunjukkan ibu gajah setia menanti dengan meletakkan kepalanya di lori berkenaan,
01:04seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya.
01:09Ibu gajah itu kemudian terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan dibawa untuk dipindahkan semula ke dalam hutan.
01:16Sementara itu Yusuf berkata pihaknya telah membina jejambat untuk lintasan hidupan liar,
01:22khususnya gajah termasuk memasang 17 papan tanda amaran kehadiran gajah di sepanjang lokasi yang dikenalpasti.
01:31Selain itu lampu juga dipasang bagi membolehkan pengguna jalan raya melihat kawasan sekeliling
01:36dengan lebih jelas dan memandu secara berhati-hati sekiranya terdapat haiwan.
Comments

Recommended