Kerajaan menurunkan kadar sumbangan pembetung awam yang dikenakan kepada pemaju, bertujuan merendahkan kos pembangunan serta membantu menjadikan rumah lebih mampu milik untuk rakyat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan telah menurunkan kadar sumbangan sambungan ke sistem pembentungan awam yang dikenakan kepada pemaju.
00:07Menurut Suruhanjaya Perikmatan Air Negara SPAN, langkah ini bertujuan mengurangkan kos pembangunan dan seterusnya menurunkan harga rumah untuk rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
00:18Kadar sumbangan yang sebelum ini ditetapkan secara bukal pada 1% daripada harga jualan kini dikurangkan secara berperingkat mengikut jualan harga rumah sebagai usaha menyokong pembinaan rumah mampu milik.
00:32Bagi projek kerajaan, kadar sumbangan kini diselaraskan kepada RM900 bagi setiap penduduk setara menggantikan kadar 1% daripada kos kontrak yang digunakan sebelum ini agar perubahan kos projek tidak lagi mempengaruhi jumlah sumbangan yang dikenakan.
00:49SPAN turut memperkenalkan kadar istimewa untuk bangunan tertentu seperti rumah ibadat, bangunan kebajikan dan komuniti masing-masing dikenakan kadar serendah RM100 manakala sekolah kerajaan dan sekolah khas dikenakan kadar tetap RM1,000.
01:06Walaupun pelaksanaan kadar baru ini dicangka mengurangkan hasil kutipan kerajaan sekitar 15%, SPAN yakin pendekatan ini mampu merangsang pembangunan lebih banyak rumah mampu milik di seluruh negara.