v
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, ini adalah perkembangan pilihan raya Singapura. Rakyat Singapura bakal mengundi dalam pilihan raya umum 3 Mei ini dengan isu berkaitan perumahan kos sehari hidup dan impak tarif AS terus menjadi topik utama sepanjang tempoh berkempen.
00:14Pilihan raya kali ini juga menjadi medan ujian terhadap Perdana Menteri Lawrence Wong yang buat pertama kali mengemudi parti tindakan rakyat PAP sejak mengambil alih pimpinan dari Lee Hyun Long pada Mei tahun lepas.
00:27Beberapa penganalisis berpandangan PAP akan terus mendominasi dan memenangi majoriti kerusi mengulangi pencapaiannya sejak kemerdekaan Singapura sejak tahun 1965.
00:41Bagaimanapun jumlah undi popularnya akan menjadi topik hangat selepas melalui prestasi paling buruk pada pilihan raya umum 2020.
00:57Pilihan raya kali ini berlangsung ketika ketidaktentuan susulan kebergantungan ekonominya yang tinggi terhadap perdagangan serta kemungkinan kemelesetan ekonomi dan kehilangan pekerjaan.
01:21Faktor utama situasi tersebut adalah kerana tarif yang diperkenalkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump biarpun Singapura hanya dikenakan 10% terendah dalam kalangan negara ASEAN.
01:33We are in a changed world with turbulence all around. So there is much at stake in this election.
01:40Wong berikram mengujudkan lebih banyak bantuan kewangan jika Singapura terjejas dengan ketegangan perdagangan global.
01:47PAP terus mengukuhkan pengaruhnya berdasarkan rekod pertumbuhan ekonomi Singapura dan terbukti dalam urus takbir yang bersih,
01:54kestabilan ekonomi, kemasukan pelaburan serta menyediakan langkah untuk rakyatnya menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
02:03Sementara itu parti pekerja pimpinan Pritam Singh telah mula mendapat momentum sejak beberapa pilihan raya umum lepas
02:09dengan kejayaan mendapat 6 kerusi pada 2011 dan 2015 sebelum meningkat kepada 10 kerusi pada 2020.
02:16The Workers' Party has proven itself to be a loyal opposition in parliament.
02:24Loyal not to the PAP, loyal to Singapore and the people of Singapore.
02:32And this is within the context of an opposition that does seek to hold the PAP government to account,
02:38that does also provide a very important channel and mechanism for feedback from citizens to really ask the question
02:51of whether alternative policies or alternative parties and certainly opposition MPs are much needed in the governance system of Singapore.
03:04Parti pekerja terus menjadikan kos sara hidup dan kesediaan perumahan sebagai senjata utama kempen mereka
03:11yang sering dilihat masalah di Singapura antara negara yang paling mahal di dunia.
03:16Undi popular PAP jatuh 61% dan tewas 10 kerusi pada 2020
03:21yang juga boleh dilihat sebagai mandat rakyat terhadap PAP selepas 6 dekad berkuasa semakin menurun.