Pembantu kedai maut ditikam penganggur kerana cemburu
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis pada Khamis memberkas seorang lelaki disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping, pada Rabu.
00:11Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd Nassir Ismail berkata,
00:15seaspek ditahan di kawasan Aulong, Taiping, kira-kira 11 pagi bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menikah mangsa yang berusia 19 tahun.
00:24Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu melalui orang awam yang menjumpai mangsa tertiarap dan berlumuran darah pada 2.55 petang.
00:35Susulan itu semasukan anggota digerakkan dan berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam.
00:41Siasatan awam mendapati pembunuhan itu bermotifkan cemburu dan suspek yang berusia 40 tahun mempunyai 4 rekod jenayah.
00:49Saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis morfin.
00:52Suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Taiping untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.