Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di kawasan awam dan tumpuan umum.
Transcript
00:00Kerajaan Selangor sedang meneliti garis panduan dan berbincang dengan pihak berkaitan dalam usaha mewajibkan penyediaan alat kejutan jantung kecemasan di kawasan awam dan tumpuan umum.
00:11Exko Kesehatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Jamaliah Jamaluddin berkata perkara itu perlu diperhalusi secara terperinci bagi memastikan capaian dan pendidikan yang jelas dapat disampaikan kepada rakyat Selangor.
00:24Memetik bernama Jamaliah menerusi kenyataan pada Ahad Percaya, pengetahuan mengenai alat defibrillator luaran otomatik AED masih rendah dalam kalangan masyarakat.
00:37Malah menurutnya pengetahuan mengenai prosedur resusitasi kardio pulmonari CPR dengan penggunaan AED dapat meningkatkan peluang untuk mangsa diselamatkan pada waktu kecemasan.
00:49Beliau berkata kerajaan Selangor juga telah menyediakan 56 unit alat AED melibatkan peruntukan RM492,000 untuk ditempatkan di bangunan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat mulai Februari lepas.
01:04Jamaliah memaklumkan usaha itu secara tidak langsung menjadi capaian bantuan rawatan awal kepada orang awam yang ditimpa kecemasan di premis kerajaan negeri.

Recommended