Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang meneliti kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam hari itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim kini sedang meneliti kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.
00:12Walaupun tidak menyebut nama Presiden PAS itu secara langsung, kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimi menyebut, pihaknya kini sedang dalam penelitian berhubung kenyataan berkenaan bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan.
00:30Antara lain, ia menyebut Jakim mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan di media bertajuk PRK Air Kuning, kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah haji.
00:39Ia menambah Jakim bertindak meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak selain tidak disalah tafsir.
00:57Sebunga itu, Jakim menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
01:09Media semalam melaporkan Abdul Hadi memberi isyarat supaya masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.
01:18Ketika berceramah di majlis kempen calon Perikatan Nasional PN untuk PRK Don Air Kuning di Tanjung Keramat, Perak pada Sabtu, beliau mengelangi pandangannya sebelum ini bahawa umat Islam di Malaysia lebih cenderung menunaikan ibadah haji dan umrah berbanding berusaha untuk menguasai pentadbiran negara.
01:34Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih telah menonton!
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended