Malaysia dan China bersetuju untuk terus perkukuhkan kerjasama dalam bidang budaya,pelancongan dan pendidikan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia dan China mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan pendidikan.
00:08Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina komuniti Malaysia-China strategik peringkat tinggi dengan masa depan yang dikongsi bersama.
00:19Dalam kenyataan bersama pada Khamis, kedua-dua negara berikrar untuk mengukuhkan kerjasama pelancongan
00:24melalui usaha promosi bersama yang dipergiat bagi menarik lebih ramai pengunjung dari wilayah masing-masing.
00:31Pada masa sama, pendekanan akan diberikan untuk memupuk persekitaran selamat, lancar dan mesra pelancong
00:37bagi mengelakkan pertukaran budaya yang lebih mendalam dan persefahaman bersama antara rakyat kedua-dua negara.
00:45Kenyataan itu juga menggariskan sokongan bersama kedua-dua negara untuk kepelbagaian tamadun, keharmonian dan keterangkuman.
00:53Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dialog bermakna antara Islam dan Confusionism
00:59untuk memupuk persekitaran antara agama dan pertukaran budaya.