Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/17/2025
Fitch Ratings mengekalkan pandangan neutral untuk sektor perbankan merentasi beberapa negara di Asia Pasifik (APAC) termasuk Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Fitch Ratings mengekalkan pandangan neutral untuk sektor perbankan merentasi beberapa negara di Asia Pasifik, APEC, termasuk Malaysia.
00:09Agensi penarafan itu menyatakan bahawa ia lebih berdaya tahan terhadap tarif AS yang lebih tinggi.
00:18Menerusi satu kenyataan, Fitch Ratings memberitahu ia disebabkan pendedahan ekspor langsung ekonomi secara umumnya lebih rendah kepada AS.
00:27Syarikat. Tambahnya lonjakan tarif AS tetap boleh menjejaskan andaian itu dalam sesetengah pasaran walaupun ia menjangkakan keadaan operasi stabil secara meluas di kebanyakan sistem perbankan EPEC tahun ini.
00:41Selain itu, kesan perang perdagangan terhadap sistem perbankan tertentu di rantau ini bergantung kepada hasil tarif akhir.
00:48Untuk itu, kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi tempatan, pendedahan bank kepada sektor mudah terjejas dan potensi perubahan dalam tasa fiskal, monotori atau kredit.
00:59Sementara itu, prospek neutral semasanya untuk sektor perbankan Korea, Taiwan dan Thailand pada 2025 boleh berubah menjadi merosot.
01:08Ini diunjur boleh berlaku jika terdapat peningkatan ketara dalam tarif melebihi 10% yang dikenakan ke atas semua rakan dagangnya pada 2 April atau seandainya kesan kepada pertumbuhan ekonomi mereka lebih teruk daripada dijangkakan.

Recommended