Kongsi Kasih kembali menyentuh hati rakyat Malaysia dengan musim terbaharunya, Kongsi Kasih Jejak Jalanan. Kali ini, dengan kerjasama Perfume Paradise, program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi turut merungkai kisah-kisah penuh inspirasi dan keprihatinan, lebih-lebih lagi dalam keberkatan bulan Ramadan. Setiap episod membawa penonton menyelami realiti kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, sambil menyemarakkan semangat untuk berkongsi rezeki dan menyebarkan kasih sayang dalam komuniti.