00:00Tentang kenaikan tarif elektrik, kerajaan telah menyatakan bahawa 85% isi rumah tidak akan terjejas dengan kenaikan elektrik pada pertengahan tahun ini.
00:15Kerajaan juga menyatakan bahawa kenaikan ini hanya melibatkan 15% golongan mahakaya dan industri.
00:24Namun saya ingin tegaskan lumrahnya, kenaikan tarif elektrik ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan seterusnya akan dipindahkan kepada pengguna yang terdiri daripada 85% isi rumah tersebut.
00:43Secara ringkasnya, sejak tahun 2015 sehingga 2022, kadar kenaikan tarif asas adalah kecil, lonjakan sekitar 3.7%, yaitu 38.53 sen per kilowatt kepada 39.5 sen per kilowatt.
01:08Namun tarif asas bagi tahun ini sehingga 2027 dinaikkan secara mendadak, kenaikan sebanyak 14.18% daripada 39.95 sen per kilowatt kepada 45.62 sen per kilowatt.
01:30Malah seperti yang dinyatakan oleh SMP sebelum ini, bagaimana pengusaha akan dapat bertahan kerana mereka terpaksa menurunkan harga produk ekspor untuk kekal bersaing dalam perang ekonomi.
01:45Dengan kenaikan tarif ini, mereka terpaksa mengambung beban yang lebih tinggi. Apakah perancangan kerajaan untuk mendepani kos kehidupan yang akan terus meningkat?
01:59Terima kasih.
Comments