00:00Dawaan ada lonjakan sentimen positif masyarakat India terhadap kerajaan perpaduan susulan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Batu Caves Jumat lalu, mungkin terlalu optimistik, kata penganalisis politik.
00:15Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata isu belegar dihadapi masyarakat India bukan soal tiada keyakinan terhadap Anwar, tetapi merasakan kurang diberi perhatian terutama selepas MIC tidak diberi peranan dalam kerajaan ketika ini.
00:31Katanya pengundi komuniti India tradisional masih menganggap MIC sebagai tulang belakang mereka sebagaimana kepentingan UMNO dalam mewakili masyarakat Melayu.
00:41Kelmarin Ahli Majelis Pimpinan Pusat PKR Mani Vaneng Govind dilaporkan berkata kehadiran Anwar ke Batu Caves untuk meninjau persiapan taipusem telah menepis dawaan kerajaan mengabaikan masyarakat India.
00:54Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu pula berkata lonjakan sentimen positif itu hanya reaksi spontan terhadap kehadiran pemimpin tertinggi negara di acara penting masyarakat India.
01:06Katanya untuk memastikan sokongan melonjak itu, kerajaan dan pihak berkaitan perlu membuat tindakan susulan yang benar-benar menguntungkan komuniti India.
Comments