00:00Ucapan penggulungan saya hari ini memfokuskan kepada peranan Malaysia dalam pasaran kewangan Islam global,
00:06pencapaian kita di persadar antarabangsa, dan usaha kita dalam memperkasakan industri halal negara.
00:12Seperti yang telah disebutkan, Malaysia telah mencapai kedudukan kukuh dalam kewangan Islam global.
00:18Dengan menyumbang 14.8 peratus atau US$666 bilion kepada aset kewangan Islam global,
00:26negara kita menzahirkan kepimpinan dalam sektor ini meliputi perbankan Islam, takafur, sukuk, dan pengurusan dana Islam.
00:35Peranan sukuk Malaysia khususnya telah menunjukkan keunggulan dengan menyumbang 42 peratus daripada pasaran sukuk global terkumpu.
00:44Malaysia turut menjadi pelopor dalam penerbitan sukuk hijau, satu inisiatif yang mendukung pelaburan mampan dan patuh syariah.
00:52Statistik ini bukan saja menunjukkan sumbangan kita, tetapi juga mengiktiraf Malaysia sebagai peneraju dalam agenda kewangan Islam yang lestari.
01:02Malaysia juga kekal berada di tangga pertama Indeks Islamic Financial Development untuk tahun ke-11 berturut-turut,
01:09seperti yang disebut oleh Bayan Baru dan juga oleh Pengurusi Bayar Besar nanti.
01:14Pencapaian ini bukan sekadar penghormatan, tetapi bukti kukuh keupayaan kita memacu pembangunan kewangan Islam.
01:20Kita juga menjadi tuan rumah kepada organisasi penting seperti Islamic Financial Services Board dan International Islamic Liquidity Management Corporation.
01:29Infrastruktur kewangan Islam yang kukuh ini melambangkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan pada peringkat global.
01:36Dalam masa yang sama, institusi kewangan Islam Malaysia telah meluaskan operasi ke negara-negara jiran
01:42seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan UAE, mencerminkan daya saing kita pada peringkat antarabangsa.
01:50Belangkah kehadapan, kewangan Islam di Malaysia menawarkan tiga potensi utama.
01:55Yang pertama, pertumbuhan ekonomi halal. Sektor kewangan Islam berperanan penting dalam menyediakan penyelesaian kewangan bagi menyokong industri halal.
02:03Kedua, kewangan less tarif. Agenda ini berkait rapat dengan keperluan berdesak terhadap tindakan perubahan iklim atau climate change.
02:12Ketiga, inovasi dan pendigitalan. Pendekanan kepada kewangan sosial campuran atau social blended finance dengan izin dapat meluaskan akses kepada gelongan yang underserved.
02:24Pendekatan ini tidak hanya relevan tetapi kritikal dalam memastikan kewangan Islam terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat global.
02:35Dalam sektor halal pula, Malaysia mengorak langkah dengan plan Induk Industri Halal 2030 yang bertujuan menjadikan negara kita penerajuk industri halal dunia.
02:45Sasaran jelas telah ditetapkan. Sumbangan industri halal kepada KTMK disasarkan pada 8.1% atau 137.6 bilion ringgit pada 2025 dan meningkat kepada 10.8%.
03:01Pasaran asas industri halal global dijangka berkembang daripada USD 2.2 triliun pada 2022 kepada USD 4.9 triliun menjelang 2030.
03:12Manakala pasaran potensi pula mencerca sehingga USD 20.1 triliun.
03:18Analisis menunjukkan peningkatan permohonan sejahat halal pada kadar 4.2% antara 2002 hingga 2023.
03:27Menjelang 2030, dijangkakan sebanyak 32 ribu buah syarikat akan mendapat pengisian halal.
03:34Yang berhormat Puan Yedipetua, kewangan Islam dan industri halal bukan saja mencerminkan identiti Malaysia, tetapi juga membawa peluang besar bagi memacu ekonomi.
03:43Malaysia perlu kekal dihadapan sebagai penerajuk global dengan mengimbangi pendekatan inovasi, kelestarian dan kesejahteraan masyarakat.
03:53Dalam masa yang penuh cabaran ini, langkah kita harus teguh dan terarah.
03:58Bersama-sama kita mampu memastikan Malaysia terus menjadi simpul kecemerlangan dalam kewangan Islam dan industri halal di kancer mata dunia.
04:08Dalam lawatan kami ke Hong Kong, kami sedar walaupun pasaran model mereka jauh lebih besar dan sukar kita untuk menandingi buat masa ini,
04:17Malaysia berjaya carve a niche dengan izin dalam kewangan Islam dan industri halal yang disanjungi oleh pemain-pemain serantau.
04:26Akui salah seorang ahli LECO ataupun ahli Dewan mereka,
04:31nak bawa pengunjung untuk mencari restoran halal di Hong Kong pun bukan satu urusan yang mudah.
04:37Maka ini menunjukkan bahawa Malaysia telah pun matang, telah pun mencapai satu kejayaan yang agak ulung dan amat-amat disanjungi oleh rakan-rakan kita di rantau ini.
04:50Walaupun saya bukan orang Islam, tapi sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan kemajuan dan prestasi yang terbukti pada hari ini.
05:00Saya akhiri dengan keyakinan bahawa masa depan kewangan Islam dan industri halal bukan sekadar impian,
05:06tetapi peluang nyata untuk terus memperkukuh ekonomi negara.
05:10Tadi disebut bahawa ada cetus sedikit polemik yang menyebut nama seputih.
05:15Saya ingin disini kongsi dengan ahli-ahli Dewan bahawa ahli seputih juga antara anggota kita dalam CKPK Kewangan dan Ekonomi
05:24dan bersama-sama kita membuat kunjungan ke Hong Kong dan mempromosikan industri halal dan kewangan Islam di mata dunia.
05:33Jadi ini terbukti bahawa rakyat Malaysia bersatu untuk pekembangkan industri kita, ekonomi kita di bawah kerajaan Mandani.
05:42Akhiri dengan serangkap pantun, Bapak Yang Di-Pertua,
05:45layar rakit ke Pulau Bidong, angin bertiup sepoy bahasa, industri halal berkembang cemelang,
05:51kewangan Islam membawa sejahtera.
05:54Sekian, terima kasih.
Comments