00:00So dalam banyak faktor-faktor dan pihak-pihak yang berkewajiban untuk mengatasi masalah ini, saya lihat ada dua perkara yang ingin saya tanyakan kepada Menteri.
00:08Yang pertama adalah tentang tekanan akademik yang dikatakan kurang aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar-pelajar, turut menyumbang kepada perkara ini.
00:18Apakah cara KPM untuk sambada kaji semula tentang bidang kurikulum ataupun kokurikulum untuk mengurangkan tekanan akademik di kalangan pelajar?
00:28Dan keduanya adalah di kalangan guru, beban kerja hakiki guru-guru yang mungkin tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perubahan emosi dan karakteristik seseorang pelajar.
00:42Apakah indikator yang boleh kita nilaikan tentang keberkesanan pelaksanaan dasar KPM yaitu tujuh langkah KPM kurangkan beban guru-guru?
00:53Terima kasih, Yang Berhormat.
00:55Untuk soalan yang pertama Yang Berhormat, sebab itu di peringkat KPM kita ambil pendekatan untuk memansuhkan peperiksaan.
01:02Jadi tidak ada lagi pembelajaran berasaskan peperiksaan, orientasi peperiksaan sudah tidak ada, tetapi ditumpukan kepada pembelajaran berasaskan penyelidikan,
01:10pembelajaran berasaskan eksplorasi, pembelajaran berasaskan pengalaman konteksual dan juga pentaksiran dalam kesepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik anak-anak ini.
01:24Jadi anak-anak ini akan diberikan pengalaman, pembelajaran berkaitan dengan konten dan pengalaman dalam pembelajaran dan bukan lagi untuk peperiksaan semata-mata Yang Berhormat.
01:35Pentaksiran bilik darjah ini akan memberikan satu tanda aras yang lebih baik, khususnya melihat dan melihat anak-anak kita dengan lebih holistik,
01:47melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan geriklem, dan juga psikometrik, dan juga kecenderungan murid.
01:55Jadi ini pendekatan yang kita ambil untuk memastikan bahwa tidak ada lagi tumpuan-tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka,
02:06sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran yang jauh lebih menarik yang melibatkan komponen-komponen yang saya sebutkan sebentar tadi.
02:15Untuk isu yang kedua yang berhormat, soalan yang berhormat adalah terkait rapat dengan bebanan guru.
02:19Sepertimana yang telahpun saya ulang sebut beberapa kali dan penegasan telah diberikan bahwa tujuh langkah mendangani beban guru ini telahpun kita nyatakan,
02:30dan ketika ini hasrat kita adalah untuk melihat bahwa beban guru ini dapat kita teruskan dengan memastikan,
02:37pertamanya adalah soal bagaimana Jemaah Nazir akan melaksanakan penaziran kepada semua tujuh langkah ini untuk memastikan ia benar-benar efektif dan berkesan di bawah.
02:48Kita juga melaksanakan Malaysian School Governance yang diwujudkan sebagai panduan dan sumber rujukan bagi bidang tugas guru, terutamanya pimpinan sekolah.
02:58Kita juga telah melaksanakan sebentar tadi sebagaimana yang saya sebut, indeks kesejahteraan guru,
03:03bagi memastikan guru dapat memastikan tumpuan dan juga fokus mereka kepada kelas dan juga PDP dapat dilaksanakan dengan pengurangan-pengurangan yang terkait rapat dengan beban-beban guru ini.
03:17Terima kasih.
Comments