00:00Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
00:04Terusnya, semalam dalam parlimen dan juga di luar, berlega dan tula satu fitnah,
00:12dawaan yang cukup jelek, yang telah mengambil pada asalnya kenyataan Yang Mabuk Mabuk Perdana Menteri dalam satu wawancara.
00:21Dan hanya satu bahagian daripada wawancara itu telah dipotong dan disebaluaskan,
00:29memberi gambaran seolah-olah kerajaan Malaysia mengiktiraf kewujudan negara Israel.
00:36Dan hal ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri Luar.
00:42Dan masih bersama saya juga meneliti dalam media sosial kenyataan ataupun kandungan yang masih menyebarkan maklumat fitnah ini.
00:54Kalau kita teliti kenyataan yang maklumat secara keseluruhan dalam wawancara tersebut,
01:00beliau ada menyatakan pendirian tegas Malaysia melindungi kewujudan ataupun melindungi negara Palestin.
01:13Dan sehingga kini kita tidak pernah sekalipun mengiktiraf negara Israel.
01:21Sehingga kini kita tidak mengiktiraf negara Israel.
01:24Malah apa yang disebut sebagai penyelesaian dua negara ataupun two state solution adalah kenyataan yang bukan dibuat hari ini ataupun semalam,
01:38tapi sejak tahun 2002 lagi oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini.
01:44Pada tahun 2002, pada tahun 2005, pada tahun 2016, pada tahun 2020, dan juga pada 2021.
02:07Jadi nanti pasukan akan share semua grafik ini.
02:14Tapi jelas ini adalah pendirian yang telah dipegang oleh kerajaan sejak sekian lama.
02:22Tapi yang penting seperti yang Yang Maklumat Perdana Menteri telah jawab ataupun bangkitkan di parlimen pada hari pertama sidang parlimen,
02:33di mana Yang Maklumat Perdana Menteri telah memberi penerangan Menteri
02:38mengenai apa yang Malaysia berhasrat untuk bawa ke sidang bangsa-bangsa bersatu, PBB,
02:47yaitu usul untuk mengeluarkan negara haram Israel.
02:52Ini langsung tidak disebut oleh kumpulan ini, puak ini.
02:58Dan ia sangat tidak adil dan saya bagi pihak Jemaah Menteri perlu memberi penjelasan tentang perkara ini.
03:08Jadi ini yang kita harap dapat diperjelas. Ia adalah pendirian yang telah dinyatakan sejak sekian lama.
03:18Berhubung pendirian Malaysia, ada laporan daripada media-media yang mengatakan kita masih still dengan pendirian Malaysia untuk Palestin.
03:31Ada laporan itu, adakah kita ada tindakan-tindakan tertentu terhadap laporan-laporan media yang dikeluarkan oleh portal-portal mengenai pandangan Malaysia?
03:41Seolah-olah kita telah berubah pendirian. Saya akan minta MCMC untuk meneliti dan sekiranya ada tindakan yang boleh diambil berdasarkan undang-undang, maka kita akan ambil.
03:51Saya tegaskan bahwa kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan-rakan media dari membuat pelaporan.
04:01Tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menerjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.
04:11Jadi seringkali teguran dibuat, tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas. Jadi saya akan minta MCMC untuk teliti.
04:23Bapak sudah melihat penyunting itu?
04:25Saya sudah melihat.
04:27Apa pendapat anda?
04:31Bila kita teliti keseluruhan ataupun lebih daripada apa yang disunting, saya kenal watak-watak yang menyunting ini, mereka memang sifat mereka adalah menyunting.
04:43Dan di sini mereka telah melakukan satu kesilapan.
04:48Karena untuk berkata Yang Mabomat Perdana Menteri yang posting beliau tentang ucap takziah atas pembunuhan Ismail Haniyeh telah diturunkan oleh puak-puak yang anti kumpulan Hamas.
05:05Dan untuk Yang Mabomat Perdana Menteri menyatakan pendirian yang paling tegas kepada Secretary of State Amerika Syarikat.
05:15Bagi saya puak-puak yang menyunting ini, no matter what we do, they will never be happy.
05:25Yang penting kita tahu apa yang kita perjuangkan, yaitu masa depan yang lebih baik bagi rakyat Palestin.
05:33Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka.
Comments